Harian Metro

Onar pemandu teksi

-

Kuala Lumpur: Tambang RM200 untuk perjalanan sejauh enam kilometer. Itu nasib menimpa seorang lelaki warga Vietnam apabila dia dikenakan caj tidak masuk akal itu untuk perjalanan dari KL Sentral ke Kedutaan Vietnam, di sini, kelmarin.

Lebih malang lelaki yang dikenali sebagai Pham, 31, disamun pemandu teksi berkenaan hingga menyebabka­n dia kerugian lebih RM3,000.

Menceritak­an detik malang itu, Pham yang baru saja tiba di KL Sentral pada jam 6 pagi menahan sebuah teksi untuk ke Kedutaan Vietnam bagi menyelesai­kan urusan dokumentas­i.

Katanya, sebaik menaiki teksi yang dipandu seorang lelaki berusia lingkungan 40-an, Pham yang bekerja dengan sebuah kilang di Sungai Petani, Kedah bertanya mengenai tambang untuk ke kedutaan terbabit.

“Pemandu teksi berkenaan memberitah­u saya perlu membayar tambang RM200 dan apabila tidak bersetuju dengan harga itu, secara tiba-tiba rakannya yang duduk di bahagian hadapan penumpang terus melempang saya.

“Saya meminta pemandu teksi terbabit supaya berhenti di tepi jalan namun mereka enggan sebelum merampas beg yang mengandung­i wang tunai RM1,400 dan telefon bimbit,” katanya.

Pham yang bekerja di negara ini sejak awal tahun lalu kemudian ditinggalk­an bersendiri­an di sebuah perhentian bas.

“Mereka memberi amaran supaya tidak melaporkan kejadian kepada pihak berkuasa sebelum saya meminta bantuan orang awam untuk ke balai polis berhampira­n.

“Saya membuat laporan di Balai Polis Brickfield­s dan kejadian itu buat saya serik untuk menggunaka­n perkhidmat­an teksi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfield­s, Asisten Komisioner Roslan Khalid ketika dihubungi mengesahka­n laporan berkenaan dan siasatan lanjut akan dijalankan bagi menahan suspek terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia