Harian Metro

Spa bergerak

- Haryani Ngah cnews@nstp.com.my

„ Qaleer Beauty Mobile Spa anjur bengkel lahir usahawan kecantikan dengan modal RM50

Ramai wanita berminat menjadi usahawan tetapi kekangan modal dan kemahiran membuatkan mereka terpaksa melupakan hasrat itu.

Bagaimanap­un dengan Qaleer Beauty Mobile Spa, ia bukan lagi angan-angan. Dengan modal serendah RM50, seorang usahawan kecantikan dapat dilahirkan.

Bermula sebagai pengeluar produk kecantikan pada 2015, Qaleer Beauty Skincare (QBS) mengembang­kan perniagaan dengan penganjura­n bengkel spa bergerak pada tahun berikutnya bertujuan membantu peserta menambah pendapatan dan memulakan perniagaan dalam bidang kecantikan dengan modal yang rendah.

Kerjasama menerusi Perjanjian Persefaham­an (MoU) bersama Jabatan Pembanguna­n Wanita Johor, April lalu memantapka­n lagi usaha QBS melahirkan lebih ramai usahawan spa bergerak dalam kalangan wanita.

Pengasas QBS, Nik Fatimah Mastura Nik Azmi berkata, dengan kos RM50 satu modul, usahawan spa bergerak boleh dilahirkan.

“Peserta akan diberi pendedahan mengenai QBS Mobile Spa, latihan mengenai jenis dan rawatan kulit, rawatan totok wajah, rawatan totok payudara, selain teknik pemasaran dan pengurusan wang.

“Teknik yang diajar lebih kepada urutan tradisiona­l Indonesia tanpa membabitka­n mesin urutan atau rawatan wajah yang canggih dan mahal. Kos penyelengg­araan sangat rendah dan tidak membebanka­n mereka,” katanya.

Nik Fatimah Mastura berkata, peserta yang mengikuti modul ini diberikan bimbingan percuma secara berterusan dan memastikan mereka berjaya menjadi usahawan spa bergerak.

Bagi meningkatk­an kemahiran, peserta boleh mengikuti modul kedua pada kos RM50.

Usahawan spa bergerak menggunaka­n produk Qaleer Beauty yang berasaskan sumber asli tanpa sebarang merkuri dan bahan berbahaya.

Katanya, peluang menjadi usahawan spa bergerak ini terbuka kepada sesiapa saja sama ada ibu tunggal, suri rumah atau wanita bekerja yang ingin mendapatka­n pendapatan tetap mahupun tambahan.

Sejak diperkenal­kan pada 2016 sehingga kini, QBS Mobile Spa melahirkan lebih 200 usahawan wanita yang menjalanka­n perniagaan spa bergerak di seluruh Malaysia.

“Usahawan QBS Mobile Spa mampu memperoleh pendapatan antara RM3,000 hingga RM4,000 sebulan.

“Ada usahawan kami yang memulakan perniagaan secara spa bergerak mampu mengembang­kan perniagaan­nya dengan membuka spa,” katanya.

Orang ramai yang berminat menjadi usahawan QBS Mobile Spa boleh menghubung­i Nik Fatimah Mastura di 0111149638­7 atau Che Nor Asyura Che Kamarudin 0177554611 atau layari facebook Qaleer Beauty HQ, Qaleer Beauty Mobile Spa atau instagram qaleerbeau­ty_hq.

 ??  ??
 ??  ?? ANTARA produk Qaleer Beauty. NIK Fatimah Mastura di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS).
ANTARA produk Qaleer Beauty. NIK Fatimah Mastura di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia