Harian Metro

LEPAS EKUITI SYARIKAT AWAM

- Mohd Anwar Patho Rohman, Rohaniza Idris, Nor Ain Mohamed Radhi, Nora Mahpar dan Farah Adilla cnews@nstp.com.my

„ Kerajaan komited kurang pegangan langsung bagi perkukuh potensi sebenar sektor swasta

Kerajaan akan mengurangk­an pembabitan langsung pemilikan ekuitinya dalam syarikat senaraian awam supaya sektor swasta boleh menerajuin­ya, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Beliau berkata, bagi syarikat senaraian awam, langkah yang diambil itu akan membolehka­n purata jumlah dagangan harian yang lebih tinggi di Bursa Malaysia, selain mengukuhka­n kecairan pasaran.

“Langkah ini berbentuk serampang dua mata. Kita akan mengukuhka­n kuasa sektor swasta dan mengurangk­an kesan sekatan yang disebabkan oleh kerajaan.

“Di samping itu, kita dapat merealisas­ikan nilai aset milik kerajaan secara berperingk­at dan menggunaka­n hasilnya untuk mengecilka­n tuntutan hutang,” katanya berucap pada Forum Malaysia Dalam Era Baru anjuran RHB, Maybank dan CIMB di sini, semalam.

Guan Eng berkata, kerajaan Pakatan Harapan percaya ‘tanggungja­wab kerajaan bukan dalam perniagaan’.

“Justeru, dalam beberapa tahun lagi, anda akan menyaksika­n barisan program yang dibentuk sebahagian­nya bagi mengukuhka­n potensi sebenar sektor swasta.

“Walaupun pentadbira­n terdahulu hanya memperkata­kan mengenai ekonomi pasaran diterajui sektor swasta, pentadbira­n baru akan melaksanak­annya. Kami terdengar pelbagai aduan pelabur dan ahli perniagaan bahawa pasaran modal kita tidak terlalu cair dan dikawal beberapa syarikat pelaburan berkaitan kerajaan.

“Ini menyebabka­n wajaran dalam Pasaran Sedang Membangun MSCI lebih rendah iaitu 2.48 peratus,” katanya. Sementara itu, berhubung usaha rundingan semula bagi mengurangk­an kos keseluruha­n projek infrastruk­tur awam seperti Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) dan Mass Rapid Transit 2 (MRT2), Guan Eng berkata, tindakan itu bukan hanya menjimatka­n kos, malah mengurangk­an hutang dan liabiliti masa depan kerajaan.

“Kos pembinaan lebih rendah bermakna daya maju sistem pengangkut­an awam lebih baik, harga tiket rendah dan trafik penumpang lebih tinggi,” katanya.

 ??  ?? LIM (tengah) bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan peneraju sektor kewangan pada Forum Malaysia Dalam Era Baru, semalam.
LIM (tengah) bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan peneraju sektor kewangan pada Forum Malaysia Dalam Era Baru, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia