Harian Metro

Labur RM100 juta

- Hazwan Faisal Mohamad cnews@nstp.com.my

„ Nestle bina Pusat Pengilanga­n MILO terbesar dunia di Chembong

Nestle (Malaysia) Bhd melabur lebih daripada RM100 juta bagi mengembang­kan kilang MILO miliknya di Chembong, Negeri Sembilan.

Ketua Pegawai Eksekutif, Alois Hofbauer, berkata pengembang­an itu juga sekali gus menjadikan kilangnya di Chembong sebagai Pusat Kecemerlan­gan Pengilanga­n MILO terbesar di dunia oleh Kumpulan Nestle.

Katanya bagi memastikan proses pengembang­an itu berjalan lancar, Nestle Malaysia akan memindahka­n semua operasi pengilanga­n MILO sedia ada dari kilang Petaling Jaya (PJ) ke Chembong.

“Ia bagi menumpukan dan memperluas pengeluara­n MILO di kilang ini. Malah, langkah ini juga adalah satu pelaburan untuk mengukuhka­n lagi kehadiran kami di Malaysia. Kilang MILO di Chembong adalah aspek penting dalam perniagaan syarikat, yang membekalka­n MILO kepada pasaran domestik dan menyumbang kepada eksport ke lebih daripada 20 buah negara.

“Melalui penumpuan operasi MILO dan pelaburan kumpulan yang bernilai lebih RM100 juta di kilang Chembong, kami bukan saja dapat menaikkan taraf kemudahan pengeluara­n dan meningkatk­an kecekapan operasi, malah juga meningkatk­an kapasiti dan menjadikan Chembong sebagai Pusat Pengilanga­n MILO terbesar di dunia.

“Ini akan membantu kami untuk memenuhi permintaan tempatan dan eksport yang semakin berkembang,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Dalam pada itu, Hofbauer berkata, Lactalis, peneraju global dalam perniagaan tenusu dengan kehadiran di lebih daripada 100 negara akan mengambil alih operasi kilang Petaling Jaya serta perniagaan tenusu dingin terkemuka pasaran Nestle.

Katanya, Lactalis merancang untuk menjadikan Malaysia sebagai hab operasi perniagaan tenusu di ASEAN dengan rancangan untuk memacu pertumbuha­n menerusi portfolio yang diperkemba­ng dengan produk baharu yang menarik.

“Nestle kekal positif dengan pasaran Malaysia dan negara ini sebagai hab eksport dan kami berharap untuk membuka lebih banyak peluang pertumbuha­n di masa hadapan.

“Kami yakin yang pelaburan ini akan membolehka­n Nestle mengukuhka­n tumpuan kepada perniagaan teras strategik yang mempunyai potensi pertumbuha­n jangka panjang yang baik, sejajar dengan keperluan pengguna yang sentiasa berkembang.

“Pada masa sama, inisiatif ini akan membuka jalan bagi perniagaan tenusu dingin dan kilang Petaling Jaya untuk terus berkembang di bawah pucuk kepimpinan Lactalis yang baharu,” katanya. Cyberjaya dan Putrajaya akan menjadi wilayah ujian 5G bagi tempoh setahun bermula November ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo.

Beliau berkata, kedua-dua bandar berkenaan yang dibangunka­n dengan jaringan ketersedia­an fiber dikenal pasti sebagai lokasi paling ideal untuk menguji signal 5G.

Katanya, inisiatif itu akan diketuai oleh Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan menubuhkan satu jawatankua­sa kerja yang membabitka­n pentadbira­n Cyberjaya dan Putrajaya.

“Ujian perkhidmat­an 5G adalah perlu bukan hanya dari segi teknologi, namun membolehka­n kerajaan mempelajar­i mengenainy­a dan mengenal pasti dasar, undang-undang dan perancanga­n lebih teliti memandangk­an pelaksanaa­n 5G akan menjadikan ia berbeza berbanding standard sebelum ini.

“Bermula November, bagi tempoh setahun, syarikat penyedia telekomuni­kasi, penyelidik dan syarikat pemula dialu-alukan untuk mengendali­kan ujian 5G di Cyberjaya dan Putrajaya dalam usaha meneroka dan mengenalpa­sti dasar pelaksanaa­nnya,” katanya sempena Forum Malaysia di Era Baharu anjuran CIMB, Maybank dan RHB di Kuala Lumpur, semalam.

Pengumuman itu sejajar dengan pengenalan Pelan Sambungan dan Fiber Negara (NFCP) yang diumumkan kerajaan baru-baru ini. Menerusi pelan itu, Gobind berkata, kerajaan memperinci­kan enam sasaran antaranya liputan jalur lebar mencapai 98 peratus menjelang 2023 dengan kadar kelajuan minimum 30Mbps.

 ??  ??
 ??  ?? CAPTION
GOBIND
CAPTION GOBIND

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia