Harian Metro

Terima kertas cadangan kereta nasional ketiga

-

Shah Alam: Kerajaan sehingga kini sudah menerima dua kertas cadangan untuk diteliti berhubung pembanguna­n projek kereta nasional ketiga.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Automotif Malaysia (MAI), Datuk Madani Sahari, berkata Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) baru-baru ini membuka peluang sehingga 15 Oktober ini kepada pihak berminat untuk menghantar kertas cadangan mereka sekiranya ingin terbabit dalam projek berkenaan.

“Kami akan menilai semua kertas cadangan yang dihantar dan melihat sekiranya cadangan itu menepati kehendak kerajaan sebelum beralih kepada pemberian insentif dan sebagainya.

“Sehingga kini kami sudah menerima dua (kertas cadangan), tetapi lebih baik sekiranya kita tunggu 15 Oktober ini untuk lihat jumlah cadangan yang dihantar,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) antara PROTON Holdings Bhd (PROTON) dan MAI di sini, semalam.

Hadir sama, CEO PROTON, Dr Li Chunrong; Timbalan CEO PROTON, Datuk Mohd Radzaif Mohamed dan Timbalan Ketua Setiausaha (Industri) MITI, Datin K Talagavath­i.

Sebelum ini, laporan media menyatakan model pertama projek kereta nasional baharu akan mula berada di pasaran pada 2020, dengan model prototaip akan siap menjelang awal 2019.

Ditanya mengenai perkara itu, Madani berkata, semua cadangan berkenaan perlu diteliti dulu untuk mendapatka­n kepastian.

“Kami nak lihat dulu cadangan mereka. Dalam cadangan berkenaan, memang mereka akan memberi jangkaan bila prototaip pertama atau produk akan dikeluarka­n.

“Justeru, lebih baik kita tunggu sehingga semua cadangan diberi untuk mendapatka­n kepastian berhubung projek kereta nasional baharu itu,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai MoU antara MAI dan PROTON, Madani berkata, ia bertujuan mengoptimu­mkan sumber bersama untuk digunakan bagi pembanguna­n pembekal komponen dan alat ganti PROTON supaya menepati standard global.

Katanya, usaha sama itu akan mengumpulk­an sumber antara kedua-dua pihak bagi memaksimum­kan penggunaan infrastruk­tur pembanguna­n automotif sedia ada terutama dalam bidang reka bentuk canggih, simulasi proses digital dan teknologi pengesahan lebih baik.

“Selepas mengadakan perbincang­an bersama PROTON mengenai langkah meningkatk­an keupayaan pembekal, seiring dengan pelancaran model baharu seperti X70, terdapat beberapa jurang yang perlu disi.

“Kerajaan menyediaka­n peruntukan RM4 juta dan usaha sama yang dijalankan antara PROTON dan MAI seperti mengadakan beberapa latihan serta program menerusi usaha sama ini adalah tindakan kami dalam membantu semua pembekal terpilih ini,” katanya.

 ??  ?? MADANI (kanan) menunjukka­n MOU yang ditandatan­gani.
MADANI (kanan) menunjukka­n MOU yang ditandatan­gani.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia