Harian Metro

EMAS ‘PENANGAN’ MESIN TEBU

- Haika Khazi mfaizul@nstp.com.my

„ Zuhairie menjuarai acara lebuh raya individu lelaki kategori C5

“Selepas kehilangan lima jari kanan akibat tangan saya termasuk ke dalam mesin tebu dulu, saya memang hampir berputus asa kerana tidak boleh lagi bermain bola sepak.

“Namun, siapa sangka sebenarnya Allah sudah mengatur perjalanan hidup dan takdir.”

Itu kata bekas peniaga air tebu, Zuhairie Ahmad Tazmizi penyumbang emas pertama dari sukan basikal para kepada kontinjen Malaysia di Sukan Para Asia Jakarta 2018 selepas menduduki tempat pertama acara lebuh raya individu lelaki kategori C5 di Litar Antarabang­sa Sentul Jakarta, semalam.

Zuhairie yang kehilangan lima jari kanan akibat termasuk ke dalam mesin tebu pada 2011, memenangi acara itu dengan mencatatka­n masa terpantas 2 jam:18 minit: 58.155 saat, sekali gus menewaskan seteru utamanya dan pemenang perak dari China, Lai Shanzhang, (2:18:58.328s) diikuti pelumba tuan rumah, Marthin Losu, (gangsa).

“Saya bersyukur kepada Allah kerana menang pingat emas di Sukan Para Asia buat kali pertama sepanjang bergelar pelumba basikal para,” kata bekas pemain Piala Presiden T-Team yang mendedikas­ikan pingat emas itu buat keluarga terutama isteri, Hanis Najihah Jusoh, 28, dan anaknya Muhammad Harith Amsyar yang kini berada di Terengganu.

“Rupanya rezeki sebenar saya adalah dalam sukan basikal para dan Alhamdulil­lah berkat usaha, doa dan sokongan padu semua pihak saya sekarang mampu tersenyum selepas berjaya memenangi emas dalam acara lebuh raya C5 hari ini (semalam). “Justeru, saya ingin menghadiah­kan pingat emas ini kepada seluruh rakyat

Malaysia dan ahli keluarga terutama isteri dan anak yang banyak berkorban serta menjadi inspirasi kepada saya untuk terus meningkatk­an prestasi dalam sukan basikal para selama ini,” katanya ketika dihubungi wartawan Sukan NSTP di sini, semalam.

“Kejayaan ini juga menjadi kayu ukur kepada saya dan jurulatih sejauh mana kemampuan sebenar kami untuk bersaing dan mengumpul sebanyak mungkin mata bagi melayakkan diri ke Sukan Paralimpik Tokyo nanti,” katanya.

Sementara itu, isteri Zuhairi dalam satu kenyataan menerusi laman Facebookny­a turut melahirkan rasa syukur dan gembira dengan kejayaan suaminya. “Alhamdulil­lah lagu Negaraku berkumanda­ng di bumi Jakarta hari ini. 1 pingat emas untuk Malaysia hari ini. Tahniah buat husband Erie

Zuhairi.”

 ?? Zuhairie Ahmad Tazmizi ?? ZUHAIRIE (kanan) ceria memperaga pingat emas yang dimenangin­ya. Rupanya rezeki sebenar saya adalah dalam sukan basikal para dan Alhamdulil­lah berkat usaha, doa dan sokongan padu semua pihak saya sekarang mampu tersenyum selepas berjaya memenangi emas dalam acara lebuh raya C5 hari ini (semalam)”
Zuhairie Ahmad Tazmizi ZUHAIRIE (kanan) ceria memperaga pingat emas yang dimenangin­ya. Rupanya rezeki sebenar saya adalah dalam sukan basikal para dan Alhamdulil­lah berkat usaha, doa dan sokongan padu semua pihak saya sekarang mampu tersenyum selepas berjaya memenangi emas dalam acara lebuh raya C5 hari ini (semalam)”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia