Harian Metro

Padam rekod dunia

-

„ Ridzuan, Abdul Latif masing-masing lakar sejarah dengan catatan baharu acara olahraga

Ridzuan Puzi dan Abdul Latif Romly mencipta sejarah tersendiri pada Sukan Para Asia 2018, apabila masing-masing memecahkan rekod dunia dalam acara olahraga yang berlangsun­g di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta semalam.

Ridzuan menjuarai acara 100m T36 dengan catatan 11.87s, untuk memadamkan rekod dunia terdahulu 11.90s yang dicatat atlet Russia Evgenii Shvetchov pada Kejuaraan Dunia di Lyon.

Atlet China, Yang Yifei (11.91s) dan Al Harrasi Taha Abdullah Rashid dari Oman (12.36s) masing-masing mencatat perak dan gangsa.

Ridzuan, pemenang pingat emas 100m di Sukan Paralimpik Rio 2016, turut menyertai acara 400m dan lompat jauh.

Sementara itu Latif yang juga memenangi pingat emas di Rio turut cemerlang dengan memecahkan rekod sendiri dalam acara lompat jauh T20 dengan 7.64 meter, berbanding sebelum ini 7.60m.

Pingat perak dan gangsa milik atlet Jepun Kokubo Kanta (6.79m) dan Yamaguchi Mitsuo (6.68m).

Terdahulu Siti Noor Iasah dan Nasharuddi­n Mohamed, memecah kebuntuan apabila kedua-duanya memenangi pingat emas pertama dan kedua negara, masing-masing dalam acara 400m T20.

Siti Noor menyumbang­kan pingat emas pertama negara dengan catatan masa 00:59.49 saat.

“Alhamdulil­lah dapat menyumbang­kan emas pertama untuk negara,” katanya yang berharap kejayaan tersebut akan menyuntik semangat atlet lain untuk memenuhi sasaran 15 pingat emas negara pada temasya itu.

Pingat perak acara itu dimenangi pelari Indonesia Sesa Elvin Elhudia dengan catatan 1:01.38s manakala pingat gangsa milik atlet Thailand, Charuswat Sukunya dengan catatan 01:06.14s.

Penguasaan Malaysia dalam acara 400m T20 diteruskan dalam kategori lelaki apabila Nasharuddi­n Mohamed meraih pingat emas kedua untuk negara dengan catatan 0:49.32s.

Tempat kedua dan ketiga masing-masing menjadi milik pelari Indonesia Kolymau Felipus dengan catatan 0:50.28s dan Tine Endi Nurdin (0:50.62s).

 ??  ?? RIDZUAN (dua dari kanan) raih emas pada acara 100m kategori lelaki T36 di Sukan Para Asia 2018.
RIDZUAN (dua dari kanan) raih emas pada acara 100m kategori lelaki T36 di Sukan Para Asia 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia