Harian Metro

MOURINHO PATUT ‘ANGKAT KAKI’

- Agensi

Manchester

„ Pemain bintang United ‘tawar hati’ selagi kelab tidak lantik pengurus baharu

Manchester United berdepan risiko kehilangan pemain terbaik mereka jika Jose Mourinho terselamat untuk tempoh sepanjang musim ini, dan suasana di sekitar kelab itu tampak tidak akan menjadi lebih baik.

Kemenangan 3-2 selepas bangkit daripada ketinggala­n kepada Newcastle, Sabtu lalu meningkatk­an harapan bahawa Mourinho akan terus mengekalka­n tugasnya di Old Trafford selepas hujung minggu yang sukar.

Ada pandangan mengatakan berlaku keretakan hubungan di United, antara Mourinho dengan sebahagian pemainnya dan ketika ini, tumpuan lebih terarah kepada isu masa depan pengendali itu di kelab berkenaan.

Paul Pogba kekal menjadi kebimbanga­n utama dengan pemain yang memiliki rekod perpindaha­n paling besar United itu terdesak untuk menyertai Barcelona seawal Januari depan, walaupun dimaklumka­n dia bukan untuk dijual.

Pemain Perancis itu bertelagah dengan Mourinho dan ditarik semula peranan sebagai penolong kapten, dan Pogba masih boleh cuba untuk ke Sepanyol sekalipun pengurus itu dipecat.

Luke Shaw pula akan tamat kontrak pada penghujung musim dan difahamkan pertahanan England itu tidak berminat menandatan­gani perjanjian baharu jika Mourinho masih di situ.

United cuba mengadakan perbincang­an, tetapi Shaw masih belum melupakan kritikan pedas pengurus itu sejak dua

tahun lalu, walaupun berjaya mendapatka­n kembali tempatnya dalam kesebelasa­n utama musim ini.

Kesanggupa­n Anthony Martial membincang­kan kontrak baharu kebelakang­an ini dipercayai berasaskan kepercayaa­n jurulatih Portugal itu tidak akan berada di United lebih lama.

Martial juga tidak menyukai Mourinho dan didenda kerana hilang tanpa berita daripada jelajah ke

Amerika Syarikat pada pramusim.

Kedua-dua pemain dan pengurus mempunyai peluang untuk berhijrah musim panas ini, tetapi pengurusan tertinggi kelab tidak mahu memikirkan­nya.

David de Gea juga berada dalam situasi sama dan kebimbanga­n meningkat mengenai keengganan pemain itu menandatan­gani perjanjian

baharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia