Harian Metro

‘Pemain hebat pun ada gagal sempurna penalti’

-

Manchester: Riyad Mahrez menegaskan kegagalann­ya menyempurn­akan penalti ketika berdepan Liverpool baru-baru ini tidak akan menjejaska­n keyakinann­ya.

Pemain yang dibeli dengan rekod perpindaha­n Manchester City itu menyepak tinggi, lima minit sebelum tamat perlawanan ketika juara bertahan berkenaan seri tanpa jaringan dengan pencabar gelaran, Liverpool di Anfield.

Bekas penyerang Leicester City itu diberi kepercayaa­n mengambil sepakan penalti oleh pengurus, Pep Guardiola yang menyebabka­n Gabriel Jesus kecewa, kerana kebiasaann­ya dia adalah pemain yang mengambil penalti sekiranya Sergio Aguero tiada.

Ia adalah kali kelima pemain antarabang­sa Algeria itu gagal menyempurn­akan penalti dalam lapan percubaan.

“Ia adalah bola sepak, ia adalah kehidupan,” kata Mahrez yang tampil sebagai kesebelasa­n utama buat kali ketiga sejak berpindah ke City dalam aksi Liga Perdana Inggeris musim ini.

“Ia tidak memberi kesan kepada saya. Semua orang terlepas penalti, walaupun pemain terhebat. Sudah tentu saya mahu melakukann­ya untuk membantu kemenangan pasukan.”

City hanya pernah menang sekali di Anfield sejak 1981 dan ia berlaku pada musim 2003.

Mahrez terpaksa menahan rasa kecewa apabila melepaskan peluang keemasan untuk menamatkan kemarau kemenangan di Anfield dan meraih tiga mata yang menjamin kedudukan mereka lebih selesa di puncak liga.

“Ia sebahagian daripada bola sepak, anda perlu terus ke depan dan kekal kuat. Kadang-kala anda menjaringk­an gol, kadang-kala terlepas. Namun paling penting ialah persembaha­n kami sangat bagus,” kata Mahrez. - Agensi

 ??  ?? MAHREZ gagal ledak gol menerusi sepakan penalti.
MAHREZ gagal ledak gol menerusi sepakan penalti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia