Harian Metro

TFC enggan kecewa lagi

- Oleh Malik Muhamad sukanteam@nstp.com.my

„ Latiff harap tuah berpihak kepada pasukan itu pada perlawanan akan datang

Selepas tiga kali terkandas di pentas separuh akhir Piala Malaysia, pemain serba boleh Terengganu FC (TFC), Latiff Suhaimi tidak sanggup untuk sekali lagi mengharung­i episod kecundang di peringkat kelompok empat terbaik, menjelang pertembung­an pusingan kedua menentang Johor Darul Ta[zim (JDT), 20 Oktober ini.

“Saya harap separuh akhir kali ini memberi tuah kepada saya dan pasukan dalam misi meraih gelaran pertama peribadi merangkul piala berprestij itu,” kata Latiff.

Skuad Penyu yang mempunyai bekalan tipis hasil kemenangan 1-0 jaringan Malik Mat Ariff dalam separuh akhir pertama di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada 6 Oktober lalu, bakal berdepan laluan berduri di pusingan kedua bertemu JDT.

Pada aksi pertama, bekas pemain kebangsaan itu yang mengisi posisi pertahanan milik Nasrullah Hanif Johan yang digantung satu perlawanan kerana menerima dua kad kuning beraksi cemerlang dan mendapat pujian ketua jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim.

Mengulas lanjut, bekas pemain Kedah, T-Team, FELDA United dan PDRM itu berkata, jika diturunkan sekali lagi dalam pertemuan kedua itu, dia mahu membuktika­n kelibatnya masih berbisa dan mampu memberi impak besar kepada pasukan.

Sebelum ini, dia lebih kerap memanaskan bangku simpanan kerana posisi asalnya di bahagian tengah kini dihuni dua pemain import iaitu Lee Tuck dan Thierry Chantha Bin.

“Jika diberi kepercayaa­n, saya akan mempamerka­n aksi terbaik, memperbaik­i kelemahan yang ada bagi memastikan saya tidak kempunan lagi untuk ke final,” kata pemain berasal dari Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu Kelantan itu.

Sebelum ini, anak keenam daripada sembilan beradik yang kini berusia 29 tahun itu gagal membantu FELDA United mara ke final Piala Malaysia pada 2014 dan 2015, serta PDRM pada 2016 selepas terkandas di separuh akhir.

“Saya harap episod malang itu akan berakhir pada kali ini dan saya yakin Irfan Bakti pasti mempunyai strategi lebih ampuh untuk berdepan dengan JDT nanti,” katanya.

 ??  ?? PEMAIN Terengganu FC, Lee Tuck (kiri) diasak pemain Johor Darul Takzim (JDT), Corbin Onn (tengah) pada perlawanan Sabtu lalu.
PEMAIN Terengganu FC, Lee Tuck (kiri) diasak pemain Johor Darul Takzim (JDT), Corbin Onn (tengah) pada perlawanan Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia