Harian Metro

Sumareh sudah tiba

- Zulfaizan Mansor dan Farah Azharie sukanteam@nstp.com.my

„ Pemain Pahang itu mendapat pelepasan PBNP untuk sertai skuad kebangsaan

Pemain sayap negara, Mohamadou Sumareh menyertai latihan skuad kebangsaan semalam selepas mendapat pelepasan daripada majikannya Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP).

(gambar)

Ia disahkan sendiri pemain kelahiran Gambia itu yang menjelaska­n dia dalam perjalanan ke Melaka - pangkalan latihan skuad kendalian Tan Cheng Hoe.

“Saya akan ke Melaka hari ini (semalam) dan menyertai (latihan pasukan kebangsaan). Saya boleh beraksi dan akan terbang (ke Colombo) bersama pasukan kebangsaan esok (hari ini),” kata Sumareh.

“Ya, saya (sudah mendapat pelepasan daripada PBNP) dan sebab itu saya ke Melaka.

“Ia bukan isu besar. Sekarang ini semuanya sudah selesai dan saya juga akan beraksi sebagai pemain tempatan musim depan.”

Sumareh yang juga pemain naturalisa­si pertama Malaysia tidak kelihatan pada hari pertama latihan pusat di Stadium Hang Jebat, kelmarin selepas didakwa belum mendapat pelepasan daripada PBNP.

Sementara itu, Cheng Hoe ketika dihubungi mengakui lega dengan kehadiran pemain berusia 27 tahun itu yang semestinya diharapkan mampu memperkuat­kan lagi jentera serangan pada aksi persahabat­an berdepan Sri Lanka, Jumaat ini.

“Saya dimaklumka­n Datuk Hamidin Mohd Amin (Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia) Sumareh akan melaporkan diri hari ini dan ia satu perkara yang melegakan saya.

“Apa yang saya harapkan dia dapat membuktika­n kemampuann­ya dan membalas kepercayaa­n yang diberikan barisan kejurulati­han Harimau Malaya,” kata Cheng Hoe.

Selain Sri Lanka, Sumareh juga akan berdepan ujian kedua bersama Harimau Malaya pada satu lagi aksi persahabat­an menentang Kyrgyzstan di Stadium Hang Jebat, 16 Oktober ini sebagai persiapan menghadapi Piala AFF, bulan depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia