Harian Metro

KFA tak sekat Akhyar kembangkan bakatnya

- Izzali Ismail sukanteam@nstp.com.my

Alor Setar: Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) tidak akan menyekat hasrat pemain muda sensasi Akhyar Rashid untuk melebarkan cita-citanya ke peringkat lebih tinggi seperti peluang beraksi bersama kelab di luar negara.

Namun sebelum membuat apa-apa keputusan, pihak KFA mahu mendalami dengan lebih lanjut berkaitan hasrat, perancanga­n serta impian pemain yang turut menjadi tonggak skuad bawah 19 dan 23 tahun negara itu secepat mungkin.

Berucap selepas mengadakan mesyuarat Eksekutif kali kedua KFA di Wisma Darul Aman kelmarin, Presiden

(gambar)

KFA Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata pihak KFA sedar akan permintaan tinggi daripada beberapa kelab tempatan dan sebuah kelab Thailand yang ingin melamar Akhyar, yang kini menjadi antara ‘aset’ penting skuad Lang Merah.

“Secara rasminya Akhyar masih lagi terikat dengan kontrak bersama KFA selama setahun (sehingga 2019) dan kita akan bincang dengan tuan punya badan sendiri untuk memahami sendiri apa sebenarnya yang dia nak buat (rancang) untuk masa depannya,” kata Mukhriz.

“Pihak KFA tidak akan menghalang kalau apa yang beliau nak lakukan itu adalah pilihan yang terbaik bagi dirinya. Contohnya jika dia nak pergi keluar negara seperti Thailand dan sebagainya.

“Jadi itu adalah sebagai pendedahan kepada beliau terhadap mutu permainan di luar negara. Tapi kalau (pilihan) dalam negara, baik terus bersama KFA saja.”

Difahamkan, wakil daripada ketiga-tiga kelab yang ingin mendapatka­n Akhyar sudah mengadakan proses perbincang­an dan mengemukak­an tawaran masing masing.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia