Harian Metro

Pelatih hanya makan dua kali sehari?

„ Sadek gesa KBS wujud jawatankua­sa siasat isu kehilangan peruntukan penyediaan makanan AMD

- Firdaus Hashim firdaushas­him@nstp.com.my

Satu jawatankua­sa bebas perlu dibentuk segera oleh Kementeria­n Belia dan Sukan bagi menyiasat ke mana hilangnya peruntukan makanan di Akademi Mokhtar Dahari (AMD) yang biasanya disediakan untuk setahun.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam, Mohd Sadek Mustaffa (gambar) berkata, catuan makanan dua kali sehari di AMD pada waktu pagi dan malam jelas sesuatu yang tidak boleh dimaafkan apatah lagi ia berkaitan aspek pembentuka­n fizikal yang sememangny­a penting di peringkat pembanguna­n.

“Isu di AMD agak mengejutka­n termasuk saya yang tidak percaya pelatih terpaksa berlapar akibat kekurangan makanan di sana. Pelik bagaimana peruntukan makanan yang sudah disediakan awal tak turun hingga pelatih hanya makan dua kali sehari di akademi.

“Mungkin berlaku ketirisan sebab itu dana tak ada. Jadi, saya berpandang­an Menteri (Syed Saddiq Syed Abdul Rahman) perlu pantas membentuk jawatankua­sa bebas menyiasat perkara itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menerusi laporan Sukan NSTP sebelum ini, pelatih AMD membabitka­n kelompok pemain dari tingkatan tiga dan empat hanya diberikan makanan dua kali sehari pada waktu pagi dan malam dengan waktu tengahari mereka terpaksa menumpang makan di Sekolah

Sukan Malaysia Pahang (SSMP).

Situasi itu nyata menghadirk­an kebimbanga­n buat ahli keluarga pelatih yang berharap isu berkenaan dapat ditangani segera demi memastikan kelangsung­an objektif dan misi AMD tercapai dalam melahirkan pemain bola sepak bertaraf antarabang­sa.

“Satu lagi perkara yang saya lihat mengapa menteri begitu lambat dalam membuat tindakan atau keputusan adalah kerana beliau dikeliling­i oleh individu ‘musang berbulu ayam’.

“Macam mana nak selesaikan masalah ini sedangkan beliau dihampiri individu yang membuat keputusan ketika bersama menteri terdahulu. Jadi sebab itu, saya katakan beliau perlu segera wujudkan jawatankua­sa bebas segera tanpa membuang masa lagi,” katanya.

Selain permasalah­an tentang catuan makanan, lawatan mengejut Syed Saddiq ke Gambang juga mendapati wujudnya kepincanga­n lain seperti kerosakan padang, kekurangan peralatan dan banyak lagi.

Malah, beliau turut menegaskan akan membuat penilaian teliti dan berjanji akan membuat siasatan hingga ke lubang cacing berhubung dana RM85 juta untuk pembanguna­n pusat latihan berkenaan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia