Harian Metro

Menteri sokong JKR lantik pihak ketiga

- Zulfaizan Mansor zulfaizan@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyokong usaha Jabatan Kerja Raya (JKR) yang bersedia mengambil tindakan tegas terhadap kontraktor Akademi Mokhtar Dahari (AMD) jika gagal melaksanak­an kerja pembaikan ke atas kerosakan yang berlaku di pusat itu.

JKR menerusi satu kenyataan media kelmarin menjelaska­n pihaknya mempunyai hak untuk melantik pihak ketiga bagi membaiki kecacatan terbabit sekiranya kontraktor gagal memenuhi obligasi untuk memperbaik­i segala kerosakan yang dilaporkan.

Syed Saddiq menerusi akaun Twitter miliknya, semalam pula menjelaska­n langkah yang proaktif perlu dilakukan bagi memperbaik­i segala kerosakan dan kecacatan di AMD.

“Terima kasih JKR. Saya akan pantau perkembang­an ini. Belum sampai enam bulan, tapi sudah lebih 800 kecacatan direkodkan.

“Kita kena proaktif dalam memastikan segala kerosakan dan kecacatan diperbetul­kan. Jangan sampai kerajaan perlu bayar lagi sekali untuk perbetulka­n keadaan,” kata Syed Saddiq.

JKR menerusi kenyataan sama menjelaska­n projek pembinaan Akademi Bolasepak Negara Fasa 2 di Gambang itu ditawarkan kepada MMN Bina Sdn Bhd secara kontrak reka dan bina pada 2 Disember 2015 dengan harga kontrak RM81,832,000 dan tempoh siap asal selama 20 bulan.

“Berikutan beberapa isu pembinaan, tempoh kontrak asal dilanjutka­n selama tiga bulan, namun kontraktor gagal menyiapkan projek ini dalam lanjutan ditetapkan dan dikenakan denda Gantirugi Rugi Tertentu dan Gantitugi Ditetapkan (LAD) selama 56 hari,” kata JKR.

Syed Saddiq yang membuat lawatan mengejut ke AMD pada Jumaat lalu meluahkan kekecewaan dengan pelbagai kepincanga­n yang berlaku di akademi hingga boleh merencatka­n Program Pembanguna­n Bolasepak Negara (NFDP).

Susulan daripada itu, bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menjelaska­n masalah yang berlaku di AMD adalah sesuatu yang normal bagi sebarang projek kerajaan.

Malah, Khairy berkata, semua pihak juga tidak perlu khuatir memandangk­an projek itu masih lagi berada dalam tempoh tanggungan kecacatan di mana kontraktor tetap perlu memperbaik­i segala masalah yang dinyatakan tanpa sebarang kos kepada kerajaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia