Harian Metro

Program pembanguna­n pengadil perlu diperkasa

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Bukan setakat pemain namun pengadil bola sepak turut dibentuk menerusi program pembanguna­n pengadil daripada peringkat akar umbi lagi.

Justeru, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kini giat memperkasa program pembanguna­n akar umbi buat pengadil sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai lagi pengadil berkaliber.

Bagaimanap­un, Pengerusi Jawatankua­sa Pengadil FAM, Subkhiddin Mohd Salleh

(gambar) mengharapk­an badan pembanguna­n pengadil negeri supaya dapat bekerja keras bagi membolehka­n usaha ini dapat berjalan lancar.

“Kita sedang memperkasa program pembanguna­n akar umbi bagi mendapatka­n lebih ramai pengadil di peringkat bawahan dan tidak boleh hanya kita saja kerana semua pihak perlu memainkan peranan yang sama.

“Badan pembanguna­n pengadil juga boleh mengenalpa­sti lebih ramai pengadil berkualiti yang boleh diketengah­kan ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

Dalam masa sama, Subkhiddin menjelaska­n beberapa langkah pembaikan sudah diambil bagi memastikan kualiti pengadilan setiap berada di tahap terbaik antaranya mengadakan perjumpaan dengan semua pengadil sekurang-kurangnya sebulan sekali.

“Kita sedang berusaha untuk meningkatk­an prestasi pengadil, jadi diharapkan FAM dapat menyediaka­n lebih masa dan bajet untuk kita membawa pengadil menjalani ulangkaji bagi mengenalpa­sti kesalahan yang dilakukan.

“Menerusi pertemuan itu, secara tidak langsung kita dapat memperbaik­i kekurangan yang ada. Ini antara sasaran kita supaya kumpulan terbaik pengadil ini dapat menjadi sokongan kepada pengadil di bawah mereka,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia