Harian Metro

Kes rogol Raymond palsu

-

Polis mengesahka­n dakwaan berhubung kes rogol membabitka­n Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, Raymond Ahuar yang disebarkan melalui media sosial sejak minggu lalu adalah tidak benar.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata, pihaknya ada menerima laporan polis yang dibuat dua mangsa dalam kes itu di Keningau pada 24 September lalu, namun suspek adalah individu lain.

“Memang benar dalam siasatan kami ada dua perempuan membuat laporan polis menyatakan dirogol seorang lelaki, bagaimanap­un siasatan mendapati suspek bukan Ketua Pemuda PKR.

“Suspek sebenar ditangkap sehari selepas laporan dibuat dan dia mengakui merogol mangsa. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya ketika ditemui media selepas mesyuarat Majlis Keselamata­n Negeri Sabah di sini, semalam.

Dakwaan kes rogol membabitka­n Raymond, 33, yang juga Setiausaha Politik Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Christina Liew adalah berdasarka­n video berdurasi satu minit yang dimuat naik dalam media sosial menuduh kononnya dia terbabit dalam kes itu.

Sehubungan itu, Omar mengingatk­an semua pihak supaya menghentik­an penyebaran video dan laporan berkenaan kerana ia berunsur fitnah, selain hanya tohmahan semata-mata.

Beliau berkata, polis juga akan menyiasat laporan dibuat Raymond minggu lalu berhubung tohmahan terhadapny­a mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, termasuk mengesan individu yang menyebarka­n video terbabit.

Katanya, suspek sebenar dalam kes rogol berkenaan ialah seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun, manakala mangsa adalah dua wanita warga asing tanpa dokumen pengenalan diri berusia 36 dan 23 tahun.

 ?? Omar Mammah ?? Suspek sebenar ditangkap sehari selepas laporan dibuat dan dia mengakui merogol mangsa”
Omar Mammah Suspek sebenar ditangkap sehari selepas laporan dibuat dan dia mengakui merogol mangsa”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia