Harian Metro

Teknologi kesan elak bayar cukai Gesa halusi hak Sabah, Sarawak

- Malek Joseph cnews@nstp.com.my

Penggunaan teknologi digital dalam urusan perniagaan memudahkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengesan individu atau syarikat yang cuba mengelak membayar cukai.

Timbalan Ketua

Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Mohd Nizom Sairi, berkata sebelum ini ramai yang melakukan transaksi perniagaan secara tunai yang menyukarka­n bahagian penguatkua­saan LHDN mengesan mereka.

Bagaimanap­un, katanya, sejak transaksi menggunaka­n teknologi terkini, pihaknya dapat mengesan dengan mudah individu yang cuba mengelak membayar cukai itu.

“Masalah mengelak cukai ini berlaku di mana-mana negara dan kita juga menghadapi­nya sejak sekian lama, namun kini usaha untuk mengesan mereka semakin mudah.

“Kami sentiasa berusaha mengesan mereka yang cuba mengelak membayar cukai ini agar kita berlaku adil dengan mereka yang patuh kepada tanggungja­wab,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Program Tanggungja­wab Sosial Korporat (CSR) LHDN di Sekolah Kebangsaan (SK) Satria Jaya di sini, semalam.

Kerajaan Pusat perlu memperhalu­si kandungan cadangan pindaan Perkara 1(2) Perlembaga­an Malaysia bagi mengembali­kan status Sabah dan Sarawak sebagai wilayah, termasuk haknya yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Undang-Undang, Hubungan Persekutua­n-Negeri dan Pemantauan Projek) Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, kerajaan negeri mahu meneliti kandungan cadangan itu sebelum membuat sebarang keputusan, namun mengambil pendirian menyokong apa-apa usaha yang membawa kebaikan kepada Sarawak.

“Saya akan bincang dengan Ketua Menteri (Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg) terlebih dulu tetapi pada masa ini, kita masih menunggu isi kandungan cadangan pindaan itu untuk diteliti.

“Apa yang kita mahu, ia perlu membawa kebaikan kepada Sarawak dan rakyatnya, termasuk mengembali­kan semua hak kita dalam MA63, begitu juga termasuk hak minyak dan gas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Makan Malam Bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong di sebuah hotel terkemuka di sini, malam kelmarin.

Terdahulu, Liew dalam ucapannya berkata, kertas cadangan berhubung pindaan itu akan dikemukaka­n kepada Kabinet bagi memulihkan status Sabah dan Sarawak seperti sebelum pindaan sebelum ini dibuat pada 1976, yang menyaksika­n tarafnya ‘diturunkan’ kepada negeri ketika itu.

Sebaik mendapat kelulusan Kabinet, beliau menjelaska­n cadangan itu akan dibentangk­an kepada Parlimen dalam sesi persidanga­n yang dijadualka­n bermula pada 15 Oktober ini.

“Dengan kata lain, Sabah dan Sarawak akan mendapat status mereka seperti yang ditakrifka­n mengikut Perkara 4 Perjanjian Malaysia 1963,” katanya.

Sementara itu, dalam sidang medianya, Liew berharap cadangan pindaan itu mendapat sokongan semua Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkan­g, khususnya dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk kebaikan negeri ini.

“Ia mungkin mengambil masa untuk pindaan ini diproses dalam Dewan Rakyat tetapi saya berharap ia dapat diselesaik­an dalam tahun ini memandangk­an dewan akan bersidang sehingga 11 Disember,” katanya.

Ahli Parlimen Petra Jaya Datuk Seri Fadillah Yusof pula berkata, jika pindaan itu membawa kebaikan kepada kedua-dua wilayah itu, sudah pasti ia akan disokong.

„ Ia termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia