MARA serah kes pegawai didakwa kepada pihak berkuasa
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyerahkan kes seorang pegawainya yang didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada pihak berkuasa.
Untuk rekod, kelmarin, seorang Ketua Penolong Pengarah MARA didakwa di Mahkamah Sesyen atas dua tuduhan bersetuju menerima dan memperoleh suapan RM3,000 bagi meluluskan penyambungan kontrak penyewaan Anggerik Mall, empat tahun lalu.
Dalam kenyataan dikeluarkan Bahagian Komunikasi Korporat MARA semalam, agensi itu akan memberi kerjasama penuh sepanjang prosiding mahkamah sebagaimana ia turut bekerjasama sepanjang proses siasatan yang dilaksanakan sejak 2014.
“MARA sentiasa memastikan integriti organisasi ini terpelihara dan tidak sesekali berkompromi dengan sebarang salah guna kuasa dan penyelewengan yang membabitkan kepentingan awam tanpa mengira jumlah suapan,” katanya.
Bekas Penolong Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di sini, semalam atas tuduhan menerima suapan RM4,200 membabitkan bayaran membaiki sebuah kenderaan, tahun lalu.
Tertuduh, Hairudin Ngadiron, 43, mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan utama dan pilihan selepas kedua-duanya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.
Berdasarkan kertas pertuduhan, dia yang bertugas di Maktab Teknik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bakri, Muar, didakwa secara rasuah menerima suapan RM4,200 iaitu bayaran membaiki kenderaan Toyota Landcruiser Prado daripada Pengurus SMR Cahaya Enterprise, Razali Sawon melalui TH Motorsport di bengkel dekat Jalan Dato’ Haji Kosai, Parit Keroma, Muar, pada 15 Mac 2017.
Suapan itu untuk dirinya sendiri sebagai upah membantu
Bekas Penolong Jurutera JKR dituduh terima RM4,200
(TPR) SPRM, Khazrin Haffiz Khalil memaklumkan kepada mahkamah bahawa tertuduh pernah didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka dan berada dalam jaminan RM30,000.
Beliau mencadangkan kes dihadapi tertuduh, semalam dibawa ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka dan dibicarakan dengan tujuh lagi pertuduhan dihadapi tertuduh di sana, selain mengguna pakai ikat jamin terdahulu.
Mahkamah bersetuju dengan cadangan TPR dan menetapkan 5 November depan untuk sebutan semula kes di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka dan tertuduh dibenarkan ikat jamin dengan jaminan sedia ada.
Tertuduh diwakili peguam Faidzal Latif.