Lepasan KV laris di pasaran
Ada belum sempat tamatkan pengajian sudah ditawarkan peluang pekerjaan
“KV memberi laluan kepada pelajar yang sederhana dalam akademik memilih bidang kemahiran diminati mengikut kecenderungan masingmasing.
“Pelajar akan didedahkan dengan teori dan praktikal seawal usia 16 tahun seiring kehendak majikan yang memerlukan kemahiran serta pengalaman bekerja,” katanya.
Katanya, kesetaraan
Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) membolehkan pelajar KV menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.
“Pelajar KV layak untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda dengan syarat mereka perlu memenuhi beberapa kriteria ditetapkan iaitu pertama mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya dua tahun dan memiliki Sijil Program Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL),” katanya.
Katanya, pelajar KV juga boleh terus memohon program sarjana muda ditawarkan universiti dengan syarat memperoleh keputusan cemerlang dalam akademik.
“Pelajar perlu mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, purata nilai gred keseluruhan (PNGK) akademik sekurangkurangnya 2.00 dan PNGK vokasional 2.67.
“Selain itu, pelajar itu juga perlu melengkapkan semua modul vokasional yang ditawarkan dan memohon kepada Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi, sebelum program KV mendapat akreditasi penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA),” katanya.
Di KV, pelajar mengikuti sistem semester iaitu empat semester (dua tahun) bagi Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan empat semester (dua tahun) juga untuk pengajian diploma.
“Di peringkat diploma, ketika pelajar di tahun ketiga dan keempat mereka didedahkan dengan pembentangan amali atau subkursus. Situasi ini sama seperti yang diamalkan di universiti awam dan swasta.
“Kesetaraan SVM-SPM turut mewajibkan pelajar mengambil enam subjek teras SPM iaitu bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah dan Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral,” katanya.
Bagi pelajar yang ingin meneruskan pengajian, Sharifah berkata, beberapa universiti turut menawarkan kursus pada peringkat sarjana muda iaitu Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti
Malaysia Pahang (UMP), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Universiti Kuala Lumpur (UniKL), University College Agriculture Malaysia (UCAM) serta Universiti Tun Hussein Onn (UTHM).
Katanya, setakat ini, KV menawarkan lebih 70 program kemahiran membabitkan sebanyak 90 KV di seluruh negara.
Sharifah berkata, berdasarkan rekod daripada Kementerian Pendidikan, lebih 80 peratus lepasan KV mendapat pekerjaan mengikut bidang pilihan sebaik tamat pengajian, sekali gus membuktikan mereka menerima pengiktirafan daripada industri.
Beliau berkata, sebahagian pelajar KV sebaik tamat latihan praktikal dan ada yang belum sempat menamatkan pengajian sudah ditawarkan peluang pekerjaan. Ini membuktikan kursus ditawarkan KV memenuhi kehendak industri.
“Jumlah graduan
DVM yang mendapat pekerjaan adalah lebih tinggi berbanding sasaran awal yang ditetapkan iaitu sebanyak 70 peratus bekerja, 20 peratus