Inovasi dapur kuih dangai
Pelajar PTSS hasilkan pembakar guna dapur konvensional
dan gabungan tungku dengan api boleh diselaras
kurang sesuai.
“Dapur yang digunakan sebelum ini mempunyai tempat pembakaran yang sedikit, api perlahan dan tidak boleh dilaraskan,” katanya.
Katanya, rekaan dapur dihasilkan dengan menggunakan dapur gas konvensional dengan gabungan tungku pada alat memasak itu. Sekali gus menambah bilangan tungku dapur pembakar dangai sedia ada daripada tiga kepada enam acuan.
“Selain itu, api yang dihasilkan lebih sekata, boleh dilaraskan mengikut kesesuaian pembuat kuih dangai, berbanding dapur lama tidak boleh dilaraskan dan menghasilkan api yang perlahan,” katanya.
Selain Muhammad Aizat, empat lagi rakannya yang menjayakan projek itu ialah Muhammad Zharif Zarmini, Nuraishah Jasmin Ahmad Musfareza, Muhammad Hazeeq
Aliff Mohd Hairi dan Muhammad Azlin Ikmar Bakhtiar di bawah penyeliaan pensyarah Mohd Fadhli Ahmad.
Menurut Mohd Fadhli, rekaan itu ialah projek wajib penuntut pada semester akhir bagi membolehkan mereka menamatkan pengajian.
Katanya, bagi tahun ini tema yang ditekankan adalah membantu golongan industri kecil sederhana dan usahawan dengan projek yang dilaksanakan.
Sementara itu, Pengarah PTSS Abdul Malek Hassan berbangga kerana inovasi dihasilkan itu membantu industri kecil dalam usaha mengembangkan perniagaan.