Harian Metro

Sayangi kulit wajah

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my KULIT SIHAT HASILKAN SOLEKAN MENAWAN

Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan. Tanyalah kepada mana-mana wanita, hampir semuanya berusaha untuk kelihatan cantik atau sekurang-kurangnya manis dipandang terutama ketika berada tempat umum.

Lihat saja di media sosial Instagram atau Facebook, terlalu banyak jenama produk kecantikan atau alat solek yang dijual dan kebanyakan­nya mendapat sambutan menggalakk­an daripada wanita tanpa mengira usia.

Rata-ratanya mudah terpengaru­h dengan pelbagai iklan dipaparkan yang kebanyakan­nya menjanjika­n kulit wajah mulus bak bidadari kononnya hasil penggunaan produk terbabit dengan janji ia menunjukka­n kesan dalam tempoh singkat.

Hakikatnya semua itu tidak semudah yang dijanjikan. Untuk mendapatka­n kulit berseri dan solekan yang bersesuaia­n, ia memerlukan usaha selain mempelajar­i pelbagai teknik melorek warna atau mengikuti kelas solekan.

Berkongsi pandangan dalam perkara ini, jurusolek profesiona­l yang juga tenaga pengajar dalam bidang solekan dan kecantikan di

Spa Mawar Putih Norzila Hussein berkata, ramai wanita beranggapa­n kuasa solekan dapat menjadikan seseorang itu tampil cantik dengan mudah.

Norzila berkata, hakikatnya ia tidak semudah itu kerana perkara paling utama adalah pemilihan produk penjagaan kulit yang bersesuaia­n dan digunakan secara konsisten.

“Jangan sesekali gunakan produk yang tidak sesuai dengan jenis kulit kerana ia bakal mengundang kesan yang lebih buruk.

“Percayalah, apa saja jenis produk digunakan, paling penting ia sesuai dan digunakan secara berterusan. Ramai wanita yang saya lihat berani mencuba dan bertukar-tukar produk disebabkan terpengaru­h dengan iklan walaupun hakikatnya ia mengundang bahaya,” katanya.

Menyentuh soal solekan pula, Nozila berkata, tidak perlu keterlalua­n untuk dapatkan solekan yang cantik.

“Teknik solekan perlu betul dan dipelajari daripada individu bertauliah sebagai contoh sebelum mengenakan pembayang mata perlulah dimulakan dengan primer mata supaya menghasilk­an solekan mata yang baik.

“Rajin-rajinlah membaca atau mendapatka­n maklumat solekan di media sosial, cetak dan elektronik atau kelas solekan kerana kini semuanya semakin mudah. Carilah maklumat mengenai kandungan satu-satu produk dan keselamata­nnya, adakah ia benar-benar berdaftar dan cara untuk mengenali produk

palsu,” ujarnya.

Penasihat kecantikan yang turut membuka kelas solekan bagi membentuk peribadi yang cantik, Ruzita Jamaluddin berkata, solekan dan penjagaan diri amat penting kepada mana-mana wanita.

“Jangan sesekali mengambil lewa mengenai perkara ini dan disebabkan itu, saya sentiasa mengingatk­an kepada semua anak murid dan kenalan supaya tampil cantik dan kemas.

“Semua ini boleh dipelajari asalkan ada keinginan dan semangat dan yang penting jangan bersikap berani mati dan menggunaka­n teknik solekan salah atau produk tidak sesuai,” katanya.

Sementara itu, menurut Nadia Nasuha Sam yang juga seorang jurusolek dan penasihat kecantikan juga di tempat sama, kecantikan seseorang itu bermula daripada kulit yang sihat.

“Tidak ada gunanya solekan yang tebal namun kulit wajah tidak sihat kerana ia sekadar menutup masalah bukan menyelesai­kan. Masalah kulit akan tetap ada dan menutupnya menggunaka­n solekan tebal hanyalah penyelesai­an yang bersifat sementara. Namun isunya berapa lama anda mahu biarkan masalah kulit terus membelengg­u diri?

“Jika kulit wajah anda bermasalah, cari penyelesai­annya terlebih dulu dengan mendapatka­n bantuan pakar atau individu yang bertauliah dalam perawatan kulit. Jangan cepat terpengaru­h dengan pelbagai testimoni kerana apa yang sesuai untuk seseorang itu, tidak semestinya sesuai buat anda.

“Sayangi kulit wajah terlebih dulu kerana kulit cantik bakal menghasilk­an solekan dan penampilan diri yang lebih menarik. Apabila memiliki kulit sihat, solekan nipis dan ringkas sudah boleh membuatkan anda tampak berseri,” katanya.

Nadia berkata, jika bercakap mengenai solekan, paling penting jangan sesekali menggunaka­n produk tiruan walaupun ia dijual pada harga murah.

“Penggunaan produk tiruan bakal mengundang masalah yang sukar dirawat. Walaupun ada yang menyatakan ia boleh digunakan dan selamat namun produk asli dan tiruan sememangny­a berbeza.

“Saya banyak berdepan dengan pelbagai masalah kulit ketika menyolek pelanggan dan bagi saya penting untuk berusaha mendapatka­n kulit wajah yang sihat. Jika terpaksa mengeluark­an belanja, lakukanlah demi kecantikan dan kesihatan kulit sendiri,” ujarnya.

Tambahnya, sekiranya individu itu tidak mengetahui langkah tepat jangan malu untuk bertanya.

“Kini kemudahan teknologi banyak membantu, sesiapa saja boleh belajar dan mendapatka­n maklumat kecantikan.

“Jangan sesekali obses tidak bertempat, yakinlah dengan kecantikan yang sudah dianugerah­kan kepada diri kerana setiap wanita itu mempunyai kecantikan tersendiri,” katanya.

 ??  ?? JANGAN obses untuk cantik.
JANGAN obses untuk cantik.
 ?? FOTO: ?? DARI kiri, Norzila, Ruzita dan Nadia bantu wanita tampil cantik.
FOTO: DARI kiri, Norzila, Ruzita dan Nadia bantu wanita tampil cantik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia