Harian Metro

JIN WEI MAMPU SUMBANG PINGAT

- Helmi Talkah helmi.talkah@nstp.com.my

„ Sukan Asia 2022, Sukan Olimpik 2024 sasaran utama

Ketua jurulatih perseorang­an wanita, Datuk Tey Seu Bock

percaya anak didiknya, Goh Jin Wei mampu menjadi

(gambar)

penyumbang pingat buat kontinjen negara pada Sukan Asia 2022 dan Olimpik 2024.

Bagaimanap­un Seu Bock berkata, untuk merealisas­ikan matlamat itu, Jin Wei, 18, perlu melalui pelbagai proses terutama bagi menguatkan mental dan fizikal untuk mematangka­nnya.

“Secara jujur, perjalanan Jin Wei masih panjang. Dia perlu melalui pelbagai proses terutama untuk menguatkan mental dan fizikal selain sikapnya ketika latihan. Semua proses ini perlu dilalui peringkat demi peringkat.

“Saya fikir untuk Sukan Asia 2022 dan Olimpik 2024 dia boleh bersedia.

“Kalau anda lihat, pemain yang berada dalam kelompok 10 terbaik dunia ketika ini rata-rata berusia 23 dan 24 tahun. Mereka dijangka mencapai kemuncak prestasi pada Olimpik Tokyo 2020 pada usia 25 dan 26 tahun.

“Jadi, peluang terbaik untuk Jin Wei menyerlah adalah selepas itu. Bagi Tokyo 2020, saya fikir tiada masalah untuk Jin Wei layak tapi untuk menjadi pencabar pingat, agak sukar... apa pun, tiada apa yang mustahil kerana banyak kejutan berlaku pada temasya besar,” kata Seu Bock.

Jin Wei yang menghuni ranking ke-27 dunia menjadi tumpuan selepas mencipta sejarah muncul atlet pertama negara meraih pingat emas pada Sukan Olimpik Remaja Buenos Aires 2018 dalam acara perseorang­an wanita selepas menumbangk­an pemain China, Wang Zhiyi 16-21, 21-13, 21-18 pada final.

Seu Bock berkata, peningkata­n ditunjukka­n pemain berasal dari Pulau Pinang itu membuatkan dia kini berada di landasan tepat bagi mencapai matlamat yang disandarka­n terutama sejak diberi peluang beraksi lebih kerap dalam kejohanan peringkat senior awal tahun ini.

“Dia kini dalam proses untuk belajar cara menguatkan mentalnya kerana bermain di peringkat senior semua perlawanan sukar. “Dia perlu tahu bagaimana untuk kekalkan prestasi pada tahap terbaik setiap hari dan ia memerlukan kekuatan mental untuk mengharung­inya,” kata Seu Bock.

 ??  ?? JIN Wei muncul atlet pertama negara raih pingat emas pada Sukan Olimpik Belia Buenos Aires.
JIN Wei muncul atlet pertama negara raih pingat emas pada Sukan Olimpik Belia Buenos Aires.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia