Harian Metro

Empat kereta mewah disita

-

Sungai Buloh: Empat kenderaan milik sebuah syarikat penjual kereta import terpakai dipercayai mempunyai kaitan dengan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos disita syarikat kawalan keselamata­n, di sini, semalam.

Proses itu dilakukan selepas mendapat kebenaran Mahkamah Majistret Shah Alam, menerusi surat sita yang dikeluarka­n pada 5 Oktober lalu.

Kenderaan terbabit adalah dua kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Wish, Toyota Vellfire dan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV), Ssangyong Actyon.

Jurucakap Anirass Gaya Security Services Sdn Bhd berkata, tindakan itu dilakukan selepas Jamal gagal melunaskan tunggakan hutang bayaran khidmat kawalan keselamata­n berjumlah RM200,000.

Katanya, tindakan sita itu terpaksa dilakukan selepas semua usaha syarikat untuk menuntut tunggakan hutang tidak dipedulika­n Jamal.

“Jamal mula berhutang dengan kami pada Januari 2014, syarikat kami membekalka­n perkhidmat­an kawalan keselamata­n untuk premis menjual kereta yang dimiliki Jamal di Jalan Pahang,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? JAMAL
JAMAL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia