Harian Metro

DOSA TERTUTUP

Polis bongkar aktiviti tidak bermoral babit penuntut IPT di kondominiu­m mewah

- Safeek Affendy Razali cnews@nstp.com.my

Menyembuny­ikan pesta liar bercampur dadah di sebalik jemputan majlis tertutup di kondominiu­m mewah tidak lagi selamat apabila taktik itu sudah dihidu polis. Sejak Sabtu lalu tiga kondominiu­m mewah di ibu negara diserbu dan 68 individu berusia 15 hingga 35 tahun ditahan termasuk penuntut pengajian tinggi, lapor Safeek Affendy Razali

Polis membongkar tiga pesta liar yang turut membabitka­n penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) susulan tiga serbuan berasingan di lokasi berbeza sekitar ibu kota sejak Sabtu lalu.

Serbuan pesta liar itu dijalankan di beberapa kondominiu­m mewah dan mereka menyertai pesta berkenaan tanpa perlu membuat sebarang bayaran.

Seramai 68 individu termasuk 18 wanita yang ditahan berusia antara 15 hingga 35 tahun.

Mereka diberkas ketika berseronok di kondominiu­m mewah di Jalan Cendana, Jalan Sultan Ismail serta Jalan Abdullah Hukum, Brickfield­s di sini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata, dalam serbuan pertama yang dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada jam 3 pagi, Sabtu lalu, sembilan lelaki dan lima wanita berusia 15 hingga 20 tahun tahun dikesan berada dalam sebuah kondominiu­m mewah di Jalan Cendana.

“Hasil pemeriksaa­n ujian air kencing ke atas mereka, lima lelaki dan tiga wanita positif dadah syabu dan ganja.

“Ada dalam kalangan wanita dan lelaki ditahan adalah penuntut Insitut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan pelajar Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS),” katanya.

Beliau berkata, pasukan dari bahagian sama turut menggempur sebuah lagi unit kondominiu­m di Jalan Sultan Ismail, jam 3.30 pagi Ahad lalu.

“Kami menahan sembilan lelaki serta empat wanita berusia antara 17 hingga 21 tahun.

“Dalam serbuan itu, polis turut menemui dadah jenis ganja seberat 5.0 gram serta lima biji pil ekstasi selain mendapati semua mereka yang ditahan positif dadah jenis ganja, ketamin serta methamphet­amine.

“Dua lelaki yang ditahan adalah pelajar IPTA dan IPTS manakala dua lagi lelaki masih di bawah umur,” katanya.

Mazlan berkata, pada hari sama, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Polis Pantai, IPD Brickfield­s turut menggempur tiga unit kondominiu­m di Jalan Abdullah Hukum dan menahan 32 lelaki dan sembilan wanita berusia antara 16 hingga 35 tahun.

Katanya, 12 lelaki dan dua wanita didapati positif dadah methamphet­amine manakala empat lagi lelaki positif dadah ganja.

Hasil tangkapan dan serbuan, polis Kuala Lumpur yakin melumpuhka­n aktiviti penyalah gunaan dadah dan gejala moral dalam kalangan remaja serta belia.

Semua mereka direman lima hari mengikut Seksyen 117 kanun Acara jenayah dan kes disiasat mengikut Seksyen 12(2), Seksyen 6, Seksyen 15 (1)(a)Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun dan denda tidak lebih RM100,000 serta diwajibkan pengawasan polis selama tidak lebih tiga tahun.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? PENUNTUT IPT yang ditahan terbabit dalam aktiviti tidak bermoral.
PENUNTUT IPT yang ditahan terbabit dalam aktiviti tidak bermoral.
 ??  ??
 ??  ?? INDIVIDU yang ditahan menyertai pesta liar di kondominiu­m mewah.
INDIVIDU yang ditahan menyertai pesta liar di kondominiu­m mewah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia