Harian Metro

Pilih kondo mewah elak diserbu

-

Kuala Lumpur: Pesta hiburan tertutup yang kemudian menjadi pesta liar memilih kondominiu­m mewah sekitar ibu negara bagi mengelakka­n tindakan pihak berkuasa. Kemunculan taktik terbaru ini dapat dilihat daripada kekerapan polis melakukan serbuan bagi mengekang gejala tidak bermoral itu.

Kebanyakan pesta berkenaan disertai remaja dan belia yang bertindak melampaui batas termasuk mengambil dadah atau minuman keras.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata pihaknya menyedari kegiatan ini mula beralih dari kelab malam ke pesta liar yang dianjurkan di kondominiu­m mewah.

“Tindakan mereka adalah semata-mata untuk mengaburi mata pihak berkuasa, namun Polis Kuala Lumpur berjaya mengesan atau menghidu aktiviti tidak bermoral yang sudah beralih arah ini.

“Polis juga akan mengambil tindakan tegas ke atas pemilik kondominiu­m dan pihak yang terbabit dalam penganjura­n pesta tertutup ini yang menjurus kepada pesta liar,” katanya.

Beliau berkata, Polis Kuala Lumpur akan terus membuat serbuan sama bagi memastikan masalah penyalahgu­naan dadah di sekitar Kuala Lumpur dapat dibendung.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurka­nnya kepada polis dengan menghubung­i Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Polis Kontinjen Kuala Lumpur di talian 03-21460708 atau Bilik Gerakan Polis Kuala Lumpur di talian 03-21460584.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia