Harian Metro

Bunyi ‘rantai’ putus

- Mohd Hilmie Hussin mohdhilmie@nstp.com.my

„ Peniaga terkejut dua gelung besi jatuh depan kedai

“Saya sibuk melayan pelanggan apabila tiba-tiba kedengaran bunyi besi putus sangat kuat sebelum dentuman di atas jalan,” kata Sit Kee Siong, 31, pemilik kedai menjual alat telekomuni­kasi di Jalan Pasir Putih Bachang di sini, mengenai kejadian gelung besi terjatuh dari treler, semalam.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi, dua gelung besi terjatuh dari treler yang dipercayai baru mengisi minyak di sebuah stesen berdekatan dan menuju Ayer Keroh.

Kee Siong berkata, mujur kejadian berlaku ketika jalan tidak sibuk.

“Ketika dua gelung besi ini terjatuh dari treler berkenaan, sebuah kereta Hyundai Atos dipandu seorang wanita melalui jalan itu ke pusat bandar.

“Wanita itu bernasib baik kerana sempat mengelak daripada merempuh gelung besi terbabit,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Kemalangan berkenaan menyebabka­n berlaku kesesakan jalan raya selama empat jam.

Anggota trafik turut kelihatan mengawal lalu lintas selain wakil Jabatan Kerja Raya (JKR).

 ?? Sit Kee Siong
FOTO: MOHD HILMIE HUSSIN ?? GELUNG besi yang terjatuh dari treler menghalang jalan menyebabka­n kesesakan lalu lintas selama empat jam. Ketika dua gelung besi ini terjatuh dari treler berkenaan, sebuah kereta Hyundai Atos dipandu seorang wanita melalui jalan itu ke pusat bandar”
Sit Kee Siong FOTO: MOHD HILMIE HUSSIN GELUNG besi yang terjatuh dari treler menghalang jalan menyebabka­n kesesakan lalu lintas selama empat jam. Ketika dua gelung besi ini terjatuh dari treler berkenaan, sebuah kereta Hyundai Atos dipandu seorang wanita melalui jalan itu ke pusat bandar”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia