Harian Metro

11 bebas jaminan SPRM, pesara diikat jamin

-

Dua belas anggota dan pegawai polis, termasuk seorang pesara yang direman bagi membantu siasatan berkaitan kes meminta dan menerima suapan daripada pengedar selain penagih dadah sejak 2014 dibebaskan di Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Kes didengar dalam kamar di hadapan Majistret Cindy Mc

Juce Balitus manakala Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diwakili Pegawai Pendakwa, Mohd Faliq Basiruddin.

Semua 11 anggota dan pegawai polis itu dibebaskan dengan jaminan SPRM kecuali pesara dikenakan ikat jamin RM10,000 dengan deposit RM3,000 serta seorang penjamin tempatan dan mereka juga diminta melaporkan diri sebulan sekali di balai polis.

Pada 9 Oktober lalu, SPRM menahan 10 anggota dan pegawai polis, selain seorang yang sudah bersara bagi membantu siasatan berkaitan kes berkenaan.

Lapan daripada mereka bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud termasuk seorang yang sudah bersara, selain masing-masing seorang dari IPD Beluran, di IPD Kota Kinabalu dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

Susulan penahanan itu, pada 13 Oktober lalu, suspek ke-12 yang juga anggota berpangkat koperal ditahan bagi membantu siasatan.

 ??  ?? ANGGOTA SPRM mengiringi 12 anggota dan pegawai polis ditahan keluar daripada Mahkamah Majistret Kota Kinabalu.
ANGGOTA SPRM mengiringi 12 anggota dan pegawai polis ditahan keluar daripada Mahkamah Majistret Kota Kinabalu.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, 10 Oktoiber lalu.
LAPORAN Harian Metro, 10 Oktoiber lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia