Harian Metro

Serah diri atau...

-

Sungkai: Polis meminta dua lelaki yang aksi mereka dirakam dalam video tular kes pukul dan baling objek membabitka­n seorang pekerja stesen minyak Petronas, di sini pada 6 Oktober lalu supaya menyerah diri.

Ketua Polis Daerah Tapah Superinten­dan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, susulan klip video berdurasi 42 saat yang viral, pihaknya meminta kedua-dua saksi terbabit tampil bagi membantu siasatan.

“Kedua-dua saksi atau sesiapa yang mengenali saksi berkenaan boleh berhubung dengan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah Asisten Superinten­dan Ong Chin Yong di talian 012-2013048,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Klip video dirakam kamera litar tertutup (CCTV) stesen minyak itu viral di media sosial sejak Isnin lalu.

Ia menunjukka­n mangsa dibawa keluar oleh sekumpulan lelaki dari dalam stesen minyak itu sebelum dipukul hingga terjatuh selain dibaling objek.

 ??  ?? DUA lelaki dicari polis susulan tular kes pukul pekerja pam minyak.
DUA lelaki dicari polis susulan tular kes pukul pekerja pam minyak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia