Harian Metro

Lima pendekar cari duit

- Syazwan Msar mohdsyazwa­n @hmetro.com.my

„ Gerai kanak-kanak berpakaian tradisiona­l dibuka hujung minggu curi tumpuan

Sekumpulan kanak-kanak ibarat lima pendekar bersaudara di zaman kesultanan Melayu Melaka apabila mereka memakai tanjak dan pakaian tradisiona­l ketika berniaga di perumahan Desa Pinggiran Putra, Putrajaya sekali gus menjadi tumpuan orang ramai di kawasan terbabit.

Kanak-kanak berusia empat hingga lapan tahun itu akan berniaga setiap pagi Sabtu dengan menjual juadah nasi lemak, makanan ringan dan ais krim seawal jam 7.30 pagi.

Menariknya hasil keuntungan yang mereka peroleh kira-kira RM100 hingga RM200 sehari itu bukanlah untuk kegunaan sendiri sebaliknya disumbangk­an kepada golongan asnaf, sekali gus mendidik kanak-kanak terbabit menjadi insan berdedikas­i dan pemurah.

Lima kanak-kanak berkenaan, Muhammad Amin Haziq Mohd Azmi, 8, yang dipanggil Hang Jebat, Muhammad Afif Mahathir, 8, (Hang Kasturi), Ameer Daniel Mohamad Faizal, 8, (Hang Lekir), Tuah Abdul Latiff, 7, (Hang Tuah) dan Wira Abdul Latiff, 4, (Hang Lekiu) turut berkeboleh­an dalam ilmu persilatan apabila masing-masing mempelajar­i seni silat Hang Tuah.

Menurut penyelaras kumpulan kanak-kanak terbabit, Puan Seri Halila Faiza Zainal Abidin, 39, berkata, lima kanak-kanak berkenaan diajar untuk berniaga bagi melatih mereka supaya lebih berdikari dan mampu berkomunik­asi dengan baik ketika berhadapan orang ramai.

Katanya, beliau tidak mahu kanak-kanak berkenaan yang tinggal di kawasan perumahan Desa Pinggiran Putra hanya bermain dengan gajet atau menonton televisyen hingga kurang bergaul bersama masyarakat setempat.

“Mereka mula berniaga sejak dua bulan lalu di pasar pagi berhampira­n kawasan perumahan dengan memakai tanjak atau pakaian tradisiona­l masyarakat Melayu sebagai daya tarikan tersendiri.

“Alhamdulil­lah, sejak berniaga mereka tidak lagi kekok ketika berhadapan dengan orang ramai, malah lebih menghormat­i golongan lebih tua dengan menjaga pertuturan,” katanya.

Halila Faiza berkata, beliau menggunaka­n tokoh lima pahlawan bersaudara zaman kesultanan Melayu Melaka sebagai sumber inspirasi kepada kanak-kanak berkenaan seterusnya menjadi contoh kepada masyarakat.

Sementara itu, ketua kumpulan terbabit, Tuah berkata, pada peringkat awal dia malu untuk berniaga terutama melayan pelanggan yang berkunjung ke gerai.

“Juadah yang terdapat di gerai disediakan oleh ibu dan dibantu kami sebelum membawa makanan terbabit ke gerai untuk dijual.

“Kami hanya berniaga pada cuti hujung minggu dengan segala keuntungan selepas ditolak upah dan modal akan disumbangk­an kepada golongan memerlukan,” katanya.

 ??  ?? GERAI pendekar menjual aneka juadah di perumahan Desa Pinggiran Putra.
GERAI pendekar menjual aneka juadah di perumahan Desa Pinggiran Putra.
 ?? Halila ?? PENDUDUK membeli juadah yang dijual pendekar cilik.
Mereka mula berniaga sejak dua bulan lalu di pasar pagi berhampira­n kawasan perumahan dengan memakai tanjak atau pakaian tradisiona­l masyarakat Melayu sebagai daya tarikan tersendiri”
Halila PENDUDUK membeli juadah yang dijual pendekar cilik. Mereka mula berniaga sejak dua bulan lalu di pasar pagi berhampira­n kawasan perumahan dengan memakai tanjak atau pakaian tradisiona­l masyarakat Melayu sebagai daya tarikan tersendiri”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia