Harian Metro

MRA mula misi bantuan ke Palu

-

Kuala Lumpur: Kumpulan Perubatan Malaysian Relief Agency (MRA) terdiri daripada enam ahli misi yang berpengala­man dalam bidang bantuan kemanusiaa­n khususnya perubatan di lapangan bencana, memulakan misi mereka ke kota Palu, Sulawesi Selatan, Indonesia Isnin lalu.

Mereka tiba di Palu jam 8.30 pagi kelmarin, selepas menempuhi perjalanan selama 12 jam.

Timbalan Presiden MRA Khairil Anuar Khalid berkata, sejak 2 Oktober lalu, pihaknya sudah memulakan misi bantuan kecemasan kepada mangsa bencana gempa bumi dan tsunami di Palu dengan memberikan bantuan makanan asas dan air bersih kepada mangsa.

“Kumpulan yang kita hantar hari ini (kelmarin) adalah kumpulan perubatan yang akan memberikan bantuan awal kesihatan kepada mangsa dan akan disusuli dengan pakar perubatan secara berperingk­at dari MRA.

“Dalam masa sama, sebuah pusat rawatan trauma kanak-kanak dan wanita MRA sudah siap untuk beroperasi di Palu Selatan,” katanya yang turut serta menghantar ahli misi di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) Isnin lalu.

Menurut laporan Pusat Koordinasi Bantuan Kemanusiaa­n dan pengurusan bencana ASEAN (AHA Centre) di Jakarta, sehingga semalam 2,100 mangsa gempa dan tsunami Sulawesi Tengah disahkan meninggal dunia.

Seramai 78,994 mangsa hilang tempat tinggal dan 20 hospital serta pusat kesihatan musnah akibat bencana, menyebabka­n kebanyakan mangsa sukar mendapat bantuan perubatan.

Rakyat Malaysia yang ingin menghulurk­an sumbangan ke Tabung Kemanusiaa­n Gempabumi Sulawesi MRA boleh berbuat demikian melalui akaun Public Bank 39885 91608 atas nama Malaysian Relief Agency Foundation.

Untuk maklumat lanjut, boleh menghubung­i talian 013 4557020 (Mohd Fadhil Baharudin) atau 03 91744672 (pejabat MRA).

 ??  ?? AHLI misi MRA menyerahka­n bantuan awal makanan asas kepada kanak-kanak di Palu.
AHLI misi MRA menyerahka­n bantuan awal makanan asas kepada kanak-kanak di Palu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia