Harian Metro

Tubuh ‘kecut’ dalam bakul

- Hasbi Sidek cnews@nstp.com.my

Sanggup mengecilka­n tubuh dan menyorok di dalam bakul berisi tuala kotor. Itu antara taktik sebahagian daripada kumpulan pelayan pelanggan (GRO) yang cuba mengelak daripada ditahan pihak berkuasa.

Taktik itu dibongkar hasil operasi Penguatkua­sa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang menyerbu dua premis hiburan dalam hotel di Jalan Jambu Mawar, dekat Jinjang Selatan, di sini, malam kelmarin.

Ketika serbuan jam 11 malam, wanita GRO terbabit turut bertindak agresif dan cuba melarikan diri sebaik premis itu diserbu penguat kuasa.

Ketua Unit Risikan dan Operasi JIM Kuala Lumpur, Mohd Shahrulniz­am Ismail berkata, hasil risikan yang dijalankan selama dua minggu mendapati hotel berkenaan mempunyai spa dan pusat hiburan yang menjalanka­n aktiviti tidak bermoral.

“Seramai 48 GRO membabitka­n 28 wanita warga Thailand, 11 warga Vietnam dan sembilan warga Indonesia berusia dari 20 hingga 35 tahun ditahan dalam Op Mega 3.0 itu.

“Turut ditahan lima lelaki warga Bangladesh yang bekerja di premis berkenaan. Kami juga menahan tiga lelaki warga tempatan yang mengaku sebagai penjaga premis untuk siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, caj yang dikenakan kepada pelanggan antara RM150 hingga RM300 bergantung kepada pakej yang disediakan.

“Malah, wanita terbabit yang menawarkan khidmat seks boleh dibawa keluar bermalam atas persetujua­n bersama.

“Ketika serbuan, wanita warga asing ini bertindak agresif dengan cuba melarikan diri dan ada yang cuba bersembuny­i di celahan kain tuala,” katanya.

Menurut beliau, kesalahan yang dilakukan adalah salah

„ 48 GRO guna pelbagai cara elak ditahan

guna atau melanggar syarat pas/permit, tinggal lebih masa dan disyaki juga memiliki suatu pas/ permit kerja yang disyaki palsu.

“Semua yang ditahan disiasat mengikut Akta Imigresen, Peraturan-Peraturan Imigresen serta di bawah Akta Anti Pemerdagan­gan Orang dan Anti Penyeludup­an Migran,” katanya.

 ??  ?? WANITA warga asing yang dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan di spa dan pub di hotel dekat Jinjang Selatan ditahan JIM.
WANITA warga asing yang dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan di spa dan pub di hotel dekat Jinjang Selatan ditahan JIM.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia