Harian Metro

Rahsiaku buat Atikah

-

Kuala Lumpur: Tinggal lima bulan sebelum majlis perkahwina­nnya, komposer dan penyanyi Awi Rafael, 32, sudah menyiapkan satu lagu istimewa buat bakal isterinya, Atikah Suhaime, 27.

Awi berkata, lagu berjudul Rahasiaku itu sudah siap, cuma perlu diperkemas­kan lagi.

“Saya cipta lagu itu untuk majlis perkahwina­n kami bagi berkongsi isi hati dan perasaan terhadap dirinya.

“Ia adalah ‘rahsia’ terindah dalam hidup saya yang tersimpan rapi di hati memandangk­an kami berdua terus buat keputusan untuk bertunang sebelum ini.

“Percintaan saya dan Atikah berlaku tanpa diduga kerana hubungan kami asalnya sebagai rakan artis saling mengenali sejak lapan tahun lalu. Namun, selepas beberapa bulan rapat dan bercinta, saya terus melamarnya kerana dia istimewa. Saya juga sudah sedia bergelar ketua keluarga,” katanya.

Menurut Awi, dia yakin sudah bersedia untuk bergelar suami kerana kewanganny­a sudah stabil termasuk memiliki aset sendiri seperti rumah.

“Sebagai manusia biasa, saya memang tidak sempurna tetapi saya begitu sukakan kesempurna­an. Justeru, sebagai lelaki yang juga akan melindungi keluargany­a, saya perlu membuat persediaan termasuk mengambil kira aspek mental dan fizikal,” katanya.

 ??  ?? AWI bersama Atikah.
AWI bersama Atikah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia