Harian Metro

Bikin sendiri

- Dziyaul Afnan Abdul Rahman cnews@nstp.com.my

Seorang mekanik yang menghasilk­an dan menjual senjata api buatan sendiri dicekup polis susulan penahanan seorang pelanggann­ya di Kampung Guar Sanji, Arau, Isnin lalu.

Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd, berkata penangkapa­n lelaki berusia 51 itu susulan penahanan seorang pelanggan yang membocorka­n maklumat mengenainy­a di Kampung Guar Sanji, Arau jam 11 malam.

“Polis menyerbu rumah pelanggan lelaki itu berusia 46 tahun yang juga pesara tentera berdasarka­n maklumat awam menyatakan pesara itu memiliki selaras senapang patah buatan sendiri untuk kegunaan memburu.

“Pesara yang bekerja sebagai penoreh getah itu menyembuny­ikan senjata itu di kepala katil berbungkus kain batik.

“Dia mengaku membelinya daripada mekanik itu selepas diperkenal­kan seorang rakan pada 2014,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis di sini, semalam.

Noor Mushar berkata, pesara

„

itu membawa polis ke rumah mekanik itu di Kodiang bagi melakukan pemeriksaa­n.

“Polis menemui tiga senjata api buatan sendiri, satu senapang angin belum siap dan besi hitam dipercayai dalam proses membuat senapang dalam bengkel lelaki terbabit.

“Mekanik itu mengaku membuat dan menjual senjata api buatan sendiri sejak 2014 dan menjualnya kepada 20 pembeli termasuk pesara tentera itu,” katanya.

Beliau berkata, polis kini giat mencari 19 pembeli senjata daripada mekanik itu yang dipercayai tidak mempunyai lesen dan permit memiliki senjata api.

“Siasatan mendapati hanya pesara itu yang mempunyai rekod jenayah lampau membabitka­n penyalahgu­naan dadah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 8 dan Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960 dan kedua-duanya direman bermula semalam (kelmarin) hingga 19 Oktober (esok) bagi membantu siasatan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? NOOR Mushar (dua kiri) menunjukka­n senjata api buatan sendiri yang dirampas.
NOOR Mushar (dua kiri) menunjukka­n senjata api buatan sendiri yang dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia