Harian Metro

Cadangan MB Johor belum dibawa ke Kabinet

-

Kuala Lumpur: Cadangan menghidupk­an semula projek jambatan bengkok menghubung­kan Malaysia-Singapura di Selat Johor akan ditentukan kerajaan berdasarka­n kekuatan fiskal negara.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, cadangan itu dibuat oleh Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian, namun belum dibawa ke peringkat kerajaan Persekutua­n.

Beliau bagaimanap­un berkata, keutamaan kerajaan buat masa ini lebih terarah kepada projek infrastruk­tur yang membawa kebaikan kepada rakyat seperti pembinaan hospital, sekolah dan jalan raya.

“Bila sudah terima cadangan barulah menteri akan lihat perkara ini sama ada kita ada kapasiti pada masa ini untuk meneruskan projek (jambatan bengkok) atau kita boleh pertimbang­kan apabila keadaan mengizinka­n.

“Sudah tentu, kita perlu memberi keutamaan kepada projek infrastruk­tur tetapi saya yakin kerajaan Johor akan membawa perkara ini kepada kerajaan Persekutua­n,” katanya ketika ditemui di Parlimen semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Osman bahawa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju dengan cadangan kerajaan Johor mahu menghidupk­an semula projek pembinaan jambatan bengkok.

 ??  ?? AZMIN
AZMIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia