Harian Metro

SPRM dakwa Zahid esok

- Safeek Affendy Razali cnews@nstp.com.my

„ Presiden UMNO diberi notis serah diri

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijangka didakwa Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), esok.

Perkara itu didedahkan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam.

“Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO sudah diberikan notis serah diri untuk ditahan jam 1.45 tengah hari tadi (semalam).

“Beliau diarahkan untuk menghadirk­an diri ke Ibu Pejabat SPRM jam 3 petang esok dan dijangka akan didakwa keesokan harinya (Jumaat),” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Beliau turut menyeru semua rakyat, khususnya ahli dan kepimpinan UMNO untuk hadir sama sebagai tanda #Solidariti­4PresidenU­MNO jam 9.00 malam di hadapan Ibu Pejabat SPRM, Presint 7, Putrajaya, jam 8 pagi di Mahkamah Seksyen Jalan Duta, di sini.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu sebelum ini diambil keterangan selama tiga hari berturut-turut SPRM minggu lalu berhubung dakwaan penyelewen­gan dana Yayasan Akal Budi.

Beliau dipanggil memberi keterangan berkaitan siasatan penyelewen­gan dana Yayasan Akal Budi dikaitkan dengan beliau untuk digunakan menjelaska­n hutang kad kredit milik beliau dan isterinya membabitka­n nilai RM800,000.

Zahid adalah pengerusi yayasan itu yang ditubuhkan pada 1977 dengan misi menghapusk­an kemiskinan.

Beliau menafikan sebarang salah laku dan memaklumka­n pegawainya tersilap menggunaka­n wang yayasan itu bagi membayar bil kad kreditnya.

 ??  ?? AHMAD Zahid
AHMAD Zahid

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia