Harian Metro

Mohon solat hajat untuk bapa

-

Lumpur: Anak perempuan kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurul Hidayah memohon supaya ahli keluarga dan sahabat meluangkan masa untuk mendoakan bapanya.

“Saya sebagai anak memohon supaya keluarga dan sahabat semua dapat melapangka­n masa untuk solat hajat dan berdoa segalanya dipermudah­kan.

“Saya dan keluarga akan bersama-sama beliau sebagai tanda #Solidariti­4PresidenU­MNO jam 9 malam (hari ini) di depan Ibu Pejabat SPRM, Presint 7, Putrajaya dan jam 8 pagi di Mahkamah Sesyen, Jalan Duta, Kuala Lumpur (esok),” katanya menerusi akaun Instagram miliknya, semalam.

Beliau turut menyatakan akan bersama mempertaha­nkan bapanya yang didakwa kini menjadi sasaran kezaliman.

 ??  ?? NURUL Hidayah
NURUL Hidayah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia