Harian Metro

Khabar angin keluar parti tidak betul

-

Kuala Lumpur: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan desas-desus kononnya Datuk Seri Hishammudd­in Hussein akan keluar UMNO dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tidak lama lagi.

Presiden UMNO berkata, khabar angin yang tersebar membabitka­n Ahli Parlimen Semberong itu akan membawa pemimpin di bahagian UMNO itu menyertai BERSATU sebagai tidak betul.

“Itu semua tidak betul. Tidak betul. Saya sudah berjumpa dengan beliau,” katanya, semalam.

Ahmad Zahid yang juga Ketua Pembangkan­g mengulas khabar angin yang hangat diperkatak­an kononnya Hishammudd­in akan keluar UMNO dan menyertai BERSATU dan seterusnya akan diserap dalam Kabinet kerajaan.

Ketika ini tersebar khabar angin kemungkina­n berlaku rombakan Kabinet tidak lagi atau pada Disember depan susulan Dr Mahathir dikatakan kurang berpuas hati dengan prestasi Menteri Kabinetnya.

Pada September lalu, Hishammudd­in mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selama hampir dua jam di Putrajaya.

Bagaimanap­un, Hishammudd­in menjelaska­n pertemuann­ya dengan Dr Mahathir hanya ingin mendengar rancangan Perdana Menteri untuk masa depan bangsa dan negara.

Malah, bekas Menteri Pertahanan itu pernah menafikan akan keluar UMNO sebelum ini.

Sementara itu, Ahmad Zahid juga tidak mengetahui ada lagi Ahli Parlimen UMNO akan keluar parti tidak lama lagi.

“Saya belum dengar lagi ada yang nak keluar parti. Setakat yang saya tahu, tidak ada,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia