Harian Metro

Rampas rokok RM8 juta

- Ibrahim Isa Ibrahim@nstp.com.my

„ Polis serbu kilang susulan penahanan 23 anggota sindiket penyeludup­an

Rokok seludup bernilai RM8 juta dirampas polis dalam serbuan di sebuah kilang di Mersing, Sabtu lalu.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, serbuan dilakukan susulan penahanan 23 lelaki termasuk dalang sindiket penyeludup­an rokok dan dua anggota polis di daerah sama, tiga hari sebelumnya.

Katanya, hasil siasatan lelaki yang juga dalang sindiket berkenaan membawa pasukan polis ke kilang itu pada jam 6 petang, Sabtu lalu sebelum pemeriksaa­n di bangunan membawa kepada penemuan 1,606 kotak rokok jenama ‘U2’ dengan anggaran cukai kastam RM8 juta.

“Ia menjadikan nilai keseluruha­n rampasan termasuk dalam kes pada 10 Oktober lalu berjumlah RM14 juta dan nilai rampasan kereta berjumlah RM3 juta.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (D) Akta Kastam 1967, sabit kesalahan boleh didenda 20 kali ganda nilai rampasan dan penjara maksimum tiga tahun,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, semalam.

Beliau berkata, hasil siasatan pihaknya mengenal pasti empat lokasi rokok seludup dari negara jiran di sepanjang Mersing dan Kota Tinggi.

Katanya, berikutan itu polis akan bekerjasam­a dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia(JKDM), Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM), Pasukan Polis Marin (PPM), Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Gerak Khas (PGK) dan Unit Risikan Khas Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam (KDNKA).

“Kerjasama dilakukan bagi memantau kawasan penyeludup­an rokok di sepanjang pantai timur Johor terutama lokasi rokok diseludup.

“Walaupun sukar kerana kawasan terlalu luas, kami yakin dengan kerjasama semua agensi terbabit dan orang ramai yang menyalurka­n maklumat tepat dan pantas, kami boleh membantera­s aktiviti itu.

“Pada masa sama, kami akan menggandak­an usaha membantera­s terutama dalam tempoh beberapa bulan ini berikutan harga rokok dijangka meningkat,” katanya.

Menurutnya, selain pertukaran maklumat dengan pelbagai agensi kerajaan, polis Johor turut bekerjasam­a dengan Polis Republik Indonesia (POLRI).

 ??  ?? MOHD Khalil (tengah) menunjukka­n rokok seludup bernilai RM8 juta yang dirampas ketika sidang media di IPK Johor.
MOHD Khalil (tengah) menunjukka­n rokok seludup bernilai RM8 juta yang dirampas ketika sidang media di IPK Johor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia