Harian Metro

Keracunan makanan

-

pencemaran dan jangkitan bakteria tetap boleh berlaku pada peringkat ini jika kita leka dan cuai. Dan sudah semestinya jangan kerana mahu untung kita tetap menjual produk yang jelas didapati tercemar kepada peniaga sebaliknya perlu segera memulangka­n kepada pengeluar untuk tindakan selanjutny­a. Tindakan ini akan membantu membendung kes keracunan makanan.

Dalam pada itu tanggungja­wab besar masih terletak di bahu peniaga kedai makan. Tiada gunanya pengeluar dan penjual begitu teliti dan menitikber­atkan soal keselamata­n dan kebersihan produk jualan mereka andai peniaga yang memproses, memasak dan menjualnya pula mengambil mudah perkara tersebut. Hal ini sangat penting kerana sudah terlalu banyak kes di mana restoran dan kedai makanan disaman oleh pihak berkuasa kerana kotor dan tidak mengutamak­an soal kebersihan. Jadi peniaga perlu memastikan pekerjanya terutama tukang masak sentiasa mengutamak­an soal kebersihan iaitu kebersihan diri dan kebersihan bahan makanan yang diproses serta dimasak termasuk penggunaan air yang bersih. Kebimbanga­n kita semakin memuncak apabila kebanyakan tukang masak terdiri daripada warga asing yang menimbulka­n rasa curiga dan was-was dalam kalangan anggota masyarakat. Jadi besarlah harapan kita agar semua peniaga memandang serius soal kebersihan serta mengutamak­an aspek kebajikan dan keselamata­n pengguna dengan mengambil iktibar daripada terlalu banyak kes keracunan makanan yang berlaku di negara kita setakat ini.

Pada masa sama kita juga berharap pihak berkuasa akan terus membantu melindungi pengguna. Teruskan pemeriksaa­n secara mengejut dan berkala ke kilang pengeluara­n, stor penyimpana­n dan penjualan di samping ke kedai makan di seluruh negara. Pemeriksaa­n yang kerap pasti akan menyedarka­n pengeluar, penjual dan peniaga agar lebih berhati-hati serta bertanggun­gjawab. Dan kita juga berharap hukuman ke atas mereka yang terus degil dan menjadi punca keracunan makanan dikaji semula serta dikenakan hukuman yang lebih tegas dan berat termasuk membatalka­n terus lesen perniagaan mereka.

Di samping itu pengguna juga wajar lebih berhati-hati dalam soal pemakanan ini. Kita mempunyai banyak pilihan, jadi pilihlah gerai yang bersih dan diyakini terjamin kualiti makanannya. Sebagai pengguna kita berhak mendapat perkhidmat­an terbaik dan tidak wajar dijadikan mangsa keadaan oleh peniaga yang tamak dan tidak bertanggun­gjawab.

Harus diingat peningkata­n kes keracunan makanan boleh menyebabka­n pengguna hilang kepercayan­an terhadap peniaga. Di samping itu kes seumpama ini juga boleh menjejaska­n imej negara di mata pelancong luar dan menjejaska­n industri pelanconga­n secara keseluruha­nnya. Hal ini tidak mustahil berlaku kerana selama ini negara kita dikenali sebagai ‘syurga makanan’ dan kes seperti ini boleh menyebabka­n pelancong melabel gerai makanan di negara ini tidak selamat untuk dikunjungi. Jadi semoga semua pihak ambil iktibar dan sama-sama mengambil langkah yang sewajarnya supaya sentiasa mengutamak­an soal kebersihan dan keselamata­n makanan seterusnya membendung kes keracunan makanan seperti ini daripada berlaku lagi di negara kita.

Penulis Timbalan Pendaftar Fakulti Kejurutera­an Universiti Putra Malaysia

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia