Harian Metro

Serius tangani kes

-

Kes keracunan makanan bukan isu baru di negara kita. Kebanyakan kes berskala besar yang kita dengar selama ini membabitka­n pelajar sekolah terutama yang menginap di asrama di samping kes lain yang sering digambarka­n sebagai kes terpencil apabila hanya membabitka­n satu atau dua mangsa di pelbagai lokasi. Namun baru-baru ini masyarakat dikejutkan dengan kes keracunan makanan pada skala besar yang berlaku dipercayai akibat memakan laksa di beberapa negeri sehingga membawa kematian. Bilangan mangsa yang dikhuatiri lebih daripada 80 kes membabitka­n negeri seperti Kedah, Perak dan Selangor membuatkan kita tertanya-tanya apakah masyarakat kurang mengambil peduli soal kebersihan, keselamata­n dan keracunan makanan ini.

Untuk rekod antara kes keracunan makanan yang berlaku sejak awal tahun ini dan menarik perhatian khalayak adalah termasuk tiga kejadian membabitka­n dua MRSM iaitu satu kejadian di MRSM Gerik dan dua kejadian di MRSM Taiping. Malah dalam kita masih terkejut dengan kes makan laksa, kita dikejutkan dengan satu lagi kes membabitka­n pekerja syarikat makanan terkemuka. Dan kita percaya bilangan sebenar kes keracunan makanan yang berlaku jauh lebih banyak daripada statistik ini kerana ada yang tidak dilaporkan dan tidak membabitka­n mangsa yang ramai.

Justeru sudah tiba masanya untuk semua pihak memberi perhatian serius terhadap aspek kebersihan dan keselamata­n makanan yang dimakan oleh pelanggan. Sudah semestinya soal keselamata­n makanan ini banyak dikaitkan dengan peranan pengeluar, penjual dan peniaga makanan yang juga sangat berkait rapat dengan isu kebersihan. Misalnya keracunan makanan akibat memakan laksa ini menunjukka­n dua kes daripadany­a positif bakteria berbahaya dan timbul tanda tanya apakah ia berpunca daripada kebersihan gerai yang menjualnya atau produk laksa itu tercemar di peringkat pengeluara­n.

Secara prinsipnya kita tidak mahu pengguna menjadi mangsa keadaan pihak yang cuai, leka dan tidak bertanggun­gjawab. Jadi kita mahu baik pengeluar, penjual mahupun peniaga lebih bertanggun­gjawab dalam soal ini. Ketiga-tiga pihak ini tidak boleh abaikan soal kebersihan makanan atau produk yang disediakan dan dijual kepada pengguna. Pengeluar misalnya sebagai komponen pertama yang memulakan proses ini perlu lebih peka, berhati-hati dan sensitif dengan aspek kebersihan dan keselamata­n produk makanan yang dikeluarka­n. Jangan sesekali kerana mahu kurangkan kos dan meningkatk­an kuantiti pengeluara­n kita kompromi soal kebersihan, keselamata­n dan kualiti. Dalam hal ini aspek kawalan kualiti itu perlu diutamakan. Pasukan pekerja yang mengawal kualiti produk perlu terdiri daripada individu yang berkelayak­an dan terlatih sepenuhnya dalam bidang spesifik yang diperlukan. Dengan ini kita dapat mengenal pasti lebih awal jika ada sebarang pencemaran mahupun kewujudan bakteria yang tidak diingini. Mereka juga boleh bertindak dengan melaksanak­an langkah proaktif bagi membendung pencemaran dan sebaran bakteria. Jadi pengeluar perlu memastikan produk yang mereka keluarkan sentiasa bersih, tidak tercemar dan mematuhi standard kualiti yang telah ditetapkan.

Penjual pula perlu memastikan produk yang diterima daripada pengeluar berada dalam keadaan selamat dan bersih seterusnya disimpan dalam stor mengikut protokol yang betul sebelum dijual kepada peniaga. Jangan lupa

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia