Harian Metro

Kami tak setuju!

- Nur Lela Zulkipli nurlela@nstp.com.my

„ 91 peratus pelayar Facebook berpendapa­t ahli politik baru dilantik belum layak diberi pingat kebesaran

Kira-kira 91 peratus pelayar Facebook serta Twitter Harian Metro, Berita Harian dan New Straits Times Online tidak bersetuju sekiranya ahli politik baru dilantik dalam kerajaan dikurniaka­n darjat, bintang dan pingat kebesaran.

Individu berkenaan termasuk mereka yang baru memegang jawatan sebagai menteri dan timbalan menteri.

Berdasarka­n undian dalam talian yang dijalankan sejak kelmarin, ia mendapat sambutan lebih 25,000 pelayar di kedua-dua media sosial itu untuk turut sama mengambil bahagian dalam undian berkenaan.

Daripada jumlah itu, sembilan peratus saja bersetuju dengan keputusan terbabit dengan kebanyakan­nya berpendapa­t perkara itu terpulang kepada yang berkenaan untuk mengurniak­an pingat kebesaran.

Pelayar dikenali sebagai Mohd Ridzuan Bakar berkata, dia tidak bersetuju dengan perkara itu kerana merasakan Malaysia tidak memerlukan lebih ramai individu bergelar Datuk sebaliknya mereka yang bersedia berkhidmat untuk rakyat dengan ikhlas.

Bagi Noriha Abdullah, dia berpendapa­t individu yang baru dilantik dalam kerajaan tidak layak diberi pengiktira­fan sedemikian selagi belum mencapai matlamat yang dijanjikan.

“Mana boleh bagi pangkat terus. Perlu capai petunjuk prestasi utama (KPI) terlebih dulu baru tahu gelaran itu sesuai atau tidak,” katanya.

Selain itu, Ikmal Zainal Jr berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana individu yang baru dilantik perlu menimbang semula sama ada ingin menerima pingat kebesaran berkenaan atau sebaliknya.

“Tidak wajar sekiranya individu yang baru dilantik menerima pingat kebesaran. Apabila sudah banyak jasa kepada rakyat dan negara, barulah fikir untuk terima pengiktira­fan itu,” katanya.

AK Yang pula berpendapa­t mereka yang baru dilantik tidak sepatutnya mengejar gelaran Datuk dan perlu menumpukan sepenuh perhatian untuk membantu membangunk­an negara.

“Adakah gelaran Datuk sangat penting? Rasanya hanya di Malaysia orang sibuk buru gelaran ini.

“Di Jepun, Korea dan Jerman tiada semua gelaran ini. Menteri dan wakil rakyat perlu mula buat kerja dan berhenti buru gelaran,” katanya.

Namun, ada pelayar berbeza pandangan iaitu Nurul Huda yang berkata, kebanyakan menteri dan timbalan menteri baru yang dilantik pernah berkhidmat untuk rakyat ketika bergelar wakil rakyat.

“Tidak salah sekiranya ada individu yang diiktiraf berdasarka­n jasa mereka ketika menjadi wakil rakyat. Ia adalah hak mereka untuk menerima atau menolaknya,” katanya.

 ??  ?? KHALID (lima dari kiri) selepas merasmikan WECP AGM, semalam.
KHALID (lima dari kiri) selepas merasmikan WECP AGM, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia