Harian Metro

TPM hadiri ASEM ke-12

-

Putrajaya: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Asia-Eropah (ASEM) ke-12 di Brussels, Belgium bermula hari ini hingga esok.

Wisma Putra pada kenyataan semalam berkata, Timbalan Perdana Menteri diiringi Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dan pegawai kanan daripada Kementeria­n Luar.

Bertemakan Rakan Kongsi Global untuk Cabaran Global, pemimpin ASEM membincang­kan isu utama serantau dan antarabang­sa mengenai kebimbanga­n bersama serta membincang­kan langkah yang boleh diambil untuk mengukuhka­n perkongsia­n sedia ada antara Asia dan Eropah.

Dr Wan Azizah dijadual menyampaik­an kenyataan Malaysia pada Sidang Pleno Kedua bertema Memperkuat Sistem Multilater­al: Memajukan Kerjasama ASEM Mengenai Cabaran Global.

Sidang Kemuncak ASEM ke-12 dijangka mengadapta­sikan Kenyataan Pengerusi yang akan menggarisk­an komitmen dan aspirasi ASEM untuk kerjasama yang lebih erat dalam kalangan rakan anggota di bawah tiga tiang ASEM iaitu politik, ekonomi dan sosio-budaya.

Tambah kenyataan itu, Timbalan Perdana Menteri mengambil kesempatan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya termasuk Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Keselamata­n dan Hal Ehwal Dalam Negeri Belgium Jan Jambon untuk membincang­kan isu kepentinga­n dua hala dan pelbagai isu semasa.

 ??  ?? DR Wan Azizah
DR Wan Azizah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia