Harian Metro

KPKT cadang tambah baik SOP menyelamat di air

-

Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menegaskan bahawa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menjalanka­n tugas mengikut tatacara penyelamat­an dalam air sedia ada.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin, membuat kenyataan susulan laporan akhbar Berita Harian bertajuk “Ops Menyelamat di Puchong: Tiada SOP” bertarikh 16 Oktober semalam.

Katanya, tragedi itu adalah sesuatu yang tidak diduga dan pihaknya mendapati ada keperluan mendesak supaya prosedur operasi standard (SOP) sedia ada dikaji semula.

“KPKT sudah menubuhkan satu jawatankua­sa untuk menyiasat, mencari punca dan memberi cadangan demi menambah baik SOP sedia ada supaya tragedi itu tidak berulang lagi.

“Penambah baik terhadap SOP ini perlu selari dengan senario semasa termasuk mengenal pasti teknik lebih sesuai dalam pelbagai keadaan demi melancarka­n operasi menyelamat.

“Dalam masa sama ia dapat mengurangk­an risiko dihadapi anggota bomba yang terbabit,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Pada kejadian 3 Oktober lalu, enam anggota unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) lemas ketika operasi mencari remaja lelaki yang terjatuh di dalam lombong di

Puchong dan mendapat perhatian serta memberi kesan mendalam kepada seluruh masyarakat

umum.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia