Harian Metro

Tuduhan SST beban rakyat tak adil

-

Tuduhan pelaksanaa­n semula Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) meningkatk­an bebanan kos sara hidup disifatkan tidak adil serta cubaan mengeliruk­an masyarakat.

Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen berkata, perbanding­an antara Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) dengan SST yang berkuat kuasa 1 September lalu ialah ia dikenakan di peringkat pengeluar.

Katanya, impak jualan mencakupi pelbagai barangan, termasuk keperluan asas di pasaran hingga kini belum ketara kepada peringkat pengguna.

“Kita masih di fasa awal pelaksanaa­n, justeru harga jualan produk akan lebih ketara apabila stok yang dikenakan cukai SST diletakkan di pasaran,” katanya, semalam.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Alexander Nanta Linggi (PBB-Kapit) di Dewan Rakyat yang meminta penjelasan kerajaan mengenai harga jualan barang rata-rata masih tinggi dan tidak turun walaupun sistem percukaian negara kembali kepada pelaksanaa­n SST.

 ??  ?? CHONG
CHONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia