Harian Metro

Kaji buka 30 peratus monopoli BERNAS

-

Kuala Lumpur: Kerajaan sedang mengkaji untuk membuka 30 peratus monopoli Padiberas Nasional (BERNAS) kepada pemain industri padi dan beras lain pada tahun depan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub berkata, kajian itu antara langkah yang dikemukaka­n beberapa pihak memandangk­an konsesi syarikat itu akan tamat sepenuhnya pada 2021.

“Kita tidak mahu terlalu tergopoh-gapah untuk memperkena­lkan model baru bagi menggantik­an BERNAS kerana ia membabitka­n soal keselamata­n makanan negara.

“Sebagai menteri yang diamanahka­n, kita bukan setakat mahu mewujudkan badan bagi menggantik­an BERNAS tanpa melihat visi yang lebih jauh. Maka beberapa pandangan yang lebih jelas dan luas perlu diambil kira,” katanya semalam.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Rusnah Aluai (PKR-Tangga Batu) mengenai sama ada kerajaan bercadang menubuhkan semula Lembaga Padi dan Beras Negara bagi mengambil alih fungsi BERNAS.

 ??  ?? SALAHUDDIN
SALAHUDDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia