Harian Metro

Konsep pelaksanaa­n projek LRT3 akan diubah suai

-

MRCB George Kent Sdn

Bhd memaklumka­n kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) dengan kos RM16.6 bilion, hampir separuh atau 47 peratus daripada kos asalnya sebanyak RM31.65 bilion pada Julai lalu.

Itu termasuk kos pengambila­n tanah, kepentinga­n semasa pembinaan dan kos lain.

“Konsep pelaksanaa­n projek akan diubah suai dari rejim rakan kongsi projek (PDP) kepada rejim kontrak harga tetap,” kata Malaysian Resources Corp Bhd (MRCB) dan George Kent (Malaysia) Bhd dalam satu kenyataan berasingan kepada Bursa Malaysia, semalam.

Mereka berkata, pengumuman lanjut kepada Bursa Malaysia akan dibuat apabila terdapat perkembang­an material berhubung projek terbabit.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, pada 10 Julai lalu mendedahka­n bahawa jumlah kos sebenar projek itu meningkat kepada RM31.65 bilion, disebabkan oleh kesilapan anggaran Prasarana Malaysia Bhd, yang mana anggaran asal ketika projek itu dilancarka­n pada 2015 adalah RM9 bilion.

Beliau juga mendedahka­n bahawa Prasarana telah mendapatka­n pembiayaan tambahan sebanyak RM22 bilion dalam bentuk jaminan kerajaan pada 30 Mac, tambahan kepada RM10 bilion yang diberikan pada tahun 2015 untuk membiayai projek itu.

Lim kemudianny­a meminta penguranga­n kos untuk memastikan projek itu dapat dilaksanak­an dengan kos lebih jimat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia