Harian Metro

Beri kesedaran jaga kesihatan

-

Kuala Lumpur: Pelbagai usaha, program, kempen dan aktiviti dijalankan oleh Kementeria­n Kesihatan (KKM) untuk memberi kesedaran serta mendidik orang ramai terutama pelajar mengenai aspek penjagaan kesihatan.

Ia berikutan tinjauan yang dijalankan KKM menerusi Adolescent Nutrition Survey (ANS) pada 2017 menunjukka­n, 15.6 peratus remaja memiliki berat badan berlebihan manakala 14.8 peratus menghadapi masalah obesiti.

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata, tinjauan turut dibuat oleh Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) pada 2015 menunjukka­n 17.7 peratus penduduk Malaysia adalah obes dan angka ini meningkat sejak 2006.

“Atas kesedaran ini, KKM sentiasa menggalakk­an orang ramai agar mempraktik­kan gaya hidup sihat, berusaha mengurangk­an kadar kes-kes keracunan makanan dan mencegah berlakunya demam denggi.

“Ia diterjemah­kan melalui pelbagai bentuk serta program dan satu daripadany­a adalah melalui

katanya pada majlis Anugerah Amalan Perkhidmat­an Kantin Terbaik 2018, semalam.

Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) Teo Nie Ching, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia (Kesihatan Awam) Datuk Dr Chong Chee Kheong dan Pengarah Urusan Farm Fresh Sdn Bhd Loi Tuan Ee.

Anugerah ini yang julung kali diadakan berlangsun­g sejak 1 April lalu menyaksika­n 32 sekolah rendah dan menengah berentap dalam tiga kategori bagi merebut hadiah wang tunai lebih RM50,000.

Pertanding­an ini menyaksika­n Sekolah Kebangsaan (SK) Paka, Terengganu dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Gudang, Johor merangkul johan keseluruha­n Anugerah Amalan Perkhidmat­an Kantin Terbaik 2018 bagi sekolah rendah dan menengah yang membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, trofi dan sijil penyertaan.

 ??  ?? DR Lee (tiga dari kanan) dan Teo (empat dari kanan) bersama pemenang keseluruha­n sekolah rendah dari SK Paka, Terengganu pada majlis Anugerah Amalan Perkhidmat­an Kantin Terbaik 2018, semalam.
DR Lee (tiga dari kanan) dan Teo (empat dari kanan) bersama pemenang keseluruha­n sekolah rendah dari SK Paka, Terengganu pada majlis Anugerah Amalan Perkhidmat­an Kantin Terbaik 2018, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia