Harian Metro

CIPTA KELAINAN

Bunkface yakin peminat sentiasa terbuka terima pembaharua­n diketengah­kan

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my

Dua belas tahun bukanlah tempoh yang singkat untuk berkembang dalam industri seni tanah air. Sepanjang tempoh itu, pelbagai pengetahua­n mengenai selok-belok industri dapat dipelajari.

Namun, band pop punk Bunkface tidak menganggap usia 12 tahun cukup untuk meletakkan mereka di satu tahap yang tinggi.

Bagi mereka, ilmu perlu terus digali dan sehingga kini masih dalam proses belajar untuk meningkatk­an kualiti karya di samping menyajikan sesuatu yang segar kepada peminat.

Terbaru Bunkface mempertaru­hkan karya luar daripada kebiasaan mereka berjudul Shiver.

Menurut Sam selaku vokalis dan komposer, Shiver pertaruhan baru yang juga hasil eksperimen Bunkface dalam berkarya.

“Kami sentiasa bereksperi­mentasi dengan muzik yang dipersemba­hkan kepada peminat. Shiver adalah satu langkah besar yang kami ambil,” katanya.

Walaupun kedengaran berbeza berbanding muzik pop punk yang diperjuang­kan selama ini, ia masih tidak lari daripada genre asal mereka.

“Pop punk adalah satu pecahan daripada muzik pop dan Shiver masih mengekalka­n rentak pop. Apa yang berbeza adalah kerana ia disuntik dengan elemen yang lebih segar.

“Perjuangan muzik kami masih sama iaitu mengenai kecintaan terhadap peminat dan lagu yang menaikkan semangat,” katanya.

Muzik hari ini tidak hanya bergantung kepada genre tertentu kerana itu semua sudah tidak wujud. Apa saja idea yang ada, kami ‘campak’ untuk hasilkan karya sam

Menurut Sam, dia mendapati tidak ada lagi genre yang menjadi trend utama dan kedua dalam industri muzik mutakhir ini.

“Muzik hari ini tidak hanya bergantung kepada genre tertentu kerana itu semua sudah tidak wujud. Apa saja idea yang ada, kami ‘campak’ untuk hasilkan karya,” kata Sam.

Bagi Youk pula, dia yakin peminat Bunkface sentiasa terbuka untuk menerima pembaharua­n yang diketengah­kan.

“Kami hasilkan muzik Shiver kerana nak ‘bermain’ dengan anak muda sekarang dan mengikut apa yang mereka inginkan.

“Jadi, sama ada suka band atau suka muzik yang dibawa oleh band, mereka yang tentukan,” katanya.

Ditanya mengenai penghasila­n lagu berbahasa Inggeris, Bunkface menjelaska­n mahu kembali ke zaman awal pembabitan

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia