Harian Metro

Yassin tak gentar

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Bersikap terbuka, positif terhadap perkembang­an industri hiburan tanah air

Walaupun berlaku perubahan ketara dalam industri hiburan tanah air kini, ia sedikit pun tidak menggentar­kan komposer dan penyanyi Yassin Sulaiman.

Bapa dua anak yang sudah dua dekad menelusuri kembara seni ini tetap bersyukur kerana masih diizinkan Allah

SWT untuk terus berkarya.

Ia seiring dengan mesej yang disampaika­n Yassin, 43, dalam single terbaru taruhannya berjudul

Hidup.

Menurut Yassin, dia bersikap terbuka dan positif terhadap perkembang­an dalam industri hiburan tanah air yang ketika ini sudah banyak berubah.

“Ia jauh berbeza berbanding era kemunculan saya dahulu. Jadi, saya akur dengan apa yang berlaku kerana arus kemodenan kini memang dikuasai kecanggiha­n teknologi yang segalagala­nya ada di hujung jari,” katanya.

Menurut penyanyi yang popular dengan lagu Mimpi Laila dan Nur Kasih ini, bagi meneruskan kelangsung­an hidup dan kariernya, dia selesa mengikut perjalanan arus semasa supaya tidak ketinggala­n.

“Inilah lumrah kehidupan namanya. Hidup wajar diteruskan dengan semangat gigih tanpa sekelumit rasa tergugat pada kebolehan bakat anak muda masa kini.

“Pada era sekarang, apa saja bidang kerja diceburi setiap individu perlu ada kemahiran diri yang pelbagai. Tidak boleh lagi hanya selesa terikat dengan satu kebolehan saja.

“Jadi, dalam soal ini saya sangat hormati bakat kebanyakan penyanyi generasi baru sekarang yang boleh bermain muzik termasuk mencipta lagu sendiri,” katanya.

Yassin berkata, dia yang masih aktif berkarya tidak sesekali berasa tergugat kerana lagu dihasilkan itu boleh dinyanyi sendiri atau memenuhi permintaan penyanyi lain mahu bekerjasam­a.

Masih kekal dan selesa memperjuan­gkan lagu berentak world music, Yassin juga yakin genre itu mempunyai kelompok peminat dan pendengar tersendiri.

“World music adalah genre lagu saya dan hingga kini tidak pernah terfikir untuk beralih arah. Ia kerana saya yakin genre lagu ini masih ada pengikutny­a.

“Sesuai dengan usia saya, genre world music sebenarnya sudah berjaya menjenamak­an nama dan bakat nyanyian Yassin Sulaiman sejak 2000.

“Pelbagai pencapaian sudah berjaya saya rangkul termasuk melonjakka­n bakat seni yang terus kekal bertahan hingga ke hari ini. Sesungguhn­ya, saya sangat bersyukur,” katanya.

Sehubungan itu, Yassin mengharapk­an lagu Hidup mendapat sambutan baik pendengar, begitu juga ‘mesra radio’.

Katanya, single itu juga sudah dimuatkan di semua rangkaian platform digital termasuk video lirik di YouTube.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia