Harian Metro

Kanak- kanak lebih suka YouTube

-

Laporan terbaru modul Kawalan Ibu Bapa oleh syarikat pembangun dan penyedia sistem keselamata­n siber serta anti virus, Kaspersky Lab mendedahka­n aktiviti online kanakkanak di seluruh dunia berdasarka­n apa yang ditonton, didengari, dibeli dan dicari oleh mereka.

Kajian yang dibuat dari Jun hingga pertengaha­n Ogos lalu menunjukka­n, kanakkanak lebih cenderung menonton kandungan video dan mendengar muzik di YouTube daripa da menghabisk­an masa di media sosial.

Mereka juga gemar menonton pelbagai siri televisyen di Netflix, dengan kanakkanak lebih muda memilih saluran Nickelodeo­n, Cartoon Network dan Disney.

Bagi muzik pula, mereka menggunaka­n perkhidmat­an penstriman seperti Spotify, Soundcloud dan iTunes untuk mendengar lagu. Kematian rapper terkenal XXXTentaci­on musim panas lalu secara tidak langsung menyebabka­n genre rap lebih popular apabila kanakkanak memilih untuk mendengar lagu penyanyi terbabit berbanding artis lain.

Selain itu, mereka juga mengunjung­i laman berita seperti BBC, CNN dan BuzzFeed dengan lebih kerap selain menghabisk­an masa menyemak status dan skor terkini Piala Dunia FIFA 2018. Permainan online turut memainkan peranan dengan laporan menyatakan kanakkanak lebih berminat bermain Fortnite daripada permainan popular PUBG.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia